Thursday, December 06, 2012

Nurul Qaireen Amani binti Mohd Zaidi

Alhamdulillah, kami suami isteri bersama sama setuju dengan pilihan nama, walaupun sebenarnya nama yang dipersetuji pada awal2 tu nama lain.

Baby adik telah didaftarkan secara rasmi pada hari kedua kelahirannya..memang cepat...ayah buat kerja pantas..hehehe sepantas dia dia ada dalam rahim bonda, dilahirkan..dan dinamakan.

NURUL QAIREEN AMANI - Cahaya kebaikan ketenangan.

Seindah namanya..bila melihat qaireen amani memang bonda rasa sangat tenang...semoga dia membesar dengan sihat, dipelihara dari godaan syaitan..

Qaireen dah bercukur pada hari ke 8. Kemain kuat dia nangis masa bercukur tu..rambut lebat sangat..sampai mak bidan kata selalu satu mata pisau dah cukup tapi dia ni lain...memang kelahiran ajaib ni..huhuhu...

Hari ni bonda dan ayah bawa Qaireen Amani ke klinik kesihatan. Jaundicenya masih tinggi tp dibawah 200..sebab dah lama, qaireen diberi tempoh sehingga hari ke 14 untuk turunkan jaundice dibawah paras 180. Kalau tak refer pakar n amik darah untuk diuji.

Zah sebagai ibu memang sedikit risau, tp insyallah..dengan susu ajaib yang Allah berikan ni, Qaireen Amani akan lekas sembuh. Ayahnya berdarah O jadi memang amik masa sikit kata nurse tadi.

Doakan Baby Qaireen ya.

1 comment:

Ummu Falah said...

Salaam zah,memang kebanyakan baby bertubuh besaq ni akan kuning,tambah2 kalau ada history yg abg kakak dia ada kuning.insyaAllah teruskan bf.hanya 'titisan mutiara' ja yg dpt menjadi penawarnya.ini berdasarkan anak kak sendiri jaundice almost 2 months.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics