Thursday, December 20, 2012

Day 23 : tiap anak beza caranya

Alhamdulillah, sedar tak sedar hampir tiga minggu zah berpantang..berpantang kali ketiga ni tak macam anak pertama dulu..kiranya zah tak delah asyik terbaring je...hehehe minggu pertama tu memang zah rehat banyak, sebab badan tak berapa nak kuat sangat..lepas berurut..alhamdulillah, badan dah kuat..tambah pula bila tak banyak jahit kali ni..jadinya minggu kedua tu dah boleh jalan laju-laju..dah boleh duduk bersila..kalau masa anak 1st dulu..nak sebulan jugalah duduk bersimpuh..



Sepanjang berpantang sendiri, Qaireen Amani baby yang mudah dijaga...adalah sekali dia meragam tak mau tidur..hampir jam 3 pagi dia berjaga..rupanya sebab esoknya tali pusat dia nak luruh..untuk hari-hari lain,dia budak yang jenis tidur lena siang malam. Berjaga nak susu je...tu pun bunyi hok hek sikit...


Qaireen Amani kalau waktu siang sangat senang nak tidur, selalu masa mandi dia akan siap-siap buang air besar, pastu mandi pun dah senyap takde bunyi nyaring dah..seronok je mandi air suam tu...then zah akan urut badan dia, pakaikan losyen...susukan..dah kenyang letak atas tilam..dia boleh lena sendiri..
 

Selalu dia akan berjaga sejam dua..masa abang n kakak dia balik..main jap ngan ayah..sembang-sembang..pastu dia akan cari zah balik..pangku jap,letak kat dada..menyusu..malam tidurlah dia sampai pagi..terjaga dua ke tiga kali menyusu..senang sbb dia ni jenis nak tidur kena peluk..menyusu susu ibu pula..lagilah senang..tak perlu bangun nak buat susu bagai :-).
 

 
Yang pasti memang tiap anak tu lain je cabaran dia, tp sbb zah dah ada dua pengalaman sebelum ni..takdelah rasa sebagai satu cabaran besar pula...just go on orang kata :-) hehehe..kira kalau anak nangis tu tau dah nak buat apa..bunyi dia lapar pun dah tau.. 
Sebab tu zah selalu kata...masa dalam pantang adalah masa untuk kita belajar ragam baby..kalau ada masalah cari penyelesaian..jangan biarkan masalah itu satu benda yang sukar.. Insyallah setiap masalah ada cahaya dihadapan yang akan memudahkan perjalanan kita sebagai ibu :-).


Tips mudah : jika bayi menangis 
  • bukan sebab lapar sahaja.mungkin drypers / cd / lampin dah penuh sangat...zah akan tukar setiap 2-3 jam sekali...so amani akan tidur lena.
  • urut dengan minyak telon - urutan sangat bagus untuk otot bayi
  • lihat sekiranya ada serangga kecil yang mengigit seperti nyamuk atau semut...
  • jangan tawarkan susu masa baby nangis, tenangkan dulu...dukung dan peluk baby..dah tenang baru susukan baby ye..
  • bedungkan baby...klu tengok dia tido asyik terkejut je...mungkin cuaca sejuk...tp zah sll bedung kaki je..tangan zagh kuarkan.

Nota Izzah : ni tips yang zah guna sepanjang ada baby kecil ni...mungkin sesuai dan mungkin juga tidak untuk baby kalian...harap bermanfaat.

Salam kasih,
izzah.

 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics