Wednesday, December 19, 2012

Day 21 : Penyusuan Susu Ibu itu satu proses pembelajaran

Belajar menyusu Secara Terus (Direct Feeding)


Alhamdulillah...sedar tak sedar sudah genap 3 minggu zah meneruskan perjalanan kali ketiga menyusukan permata hati...pada zah perjalanan penyusuan kali ketiga ini tidaklah sesusah mana..mungkin sebab sudah ada pengalaman yang cantik sahaja perjalanannya dengan anak kedua dahulu..

Namun, masih ada liku-liku yang perlu dilalui dengan ilmu..ya ilmu sahaja yang boleh membuatkan seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang yang mereka lalui..Alhamdulillah walaupun ada likunya..zah berjaya harungi dan rasanya zah berjaya lalui dengan tenang :)

Untuk pengetahuan kalian,

Nurul Qaireen Amani dilahirkan secara normal, sejurus kelahiran sudah berada di dada bonda..kelahirannya sangat pantas, namun semasa dia lahir zah perasan satu benda, dia ni tak berapa pandai nak menghisap susu dengan efektif..tak macam kakaknya..penyusuan kali pertama sahaja terus menyusu dengan mudah...gaya hisapan sebijik macam abang yang sulung...

Kali ini, dalam labor room zah ajari Qaireen Amani untuk menyusu dengan betul...alhamdulillah menyusu juga dia...namun, menyusunya hanya sekejap dan dia sudah terlena dalam dakapan...di dalam wad..zah teruskan lagi sesi penyusuan itu..tp Qaireen Amani hanya menyusu sekejap...kurang dari 3-5 minit dan dia tidur lagi..tak lama kemudian dia bangun..menyusu sekejap dan tidur lagi...

Kalau dengan Aqilah Irdina - malam pertama sahaja sudah buang sisa meconium dengan lajunya..sebab minum kerap dan lama..tapi Qaireen  Amani amik masa 2 hari untuk dapatkan warna najis yang berwarna kuning tu..mean meconium dia lambat keluar...dan apa yang zah buat...zah banyak letakkan qaireen Amani di dada...zah kurangkan waktu rehat dan kerap kejutkan baby untuk pastikan dia menyusu dan minum seckupnya.

Alhamdulillah, berkat sedikit kesabaran dan ilmu jugalah..Qaireen Amani dah boleh menyusu dengan betul pada hari ke empat dia dilahirkan...zah banyak gunakan posisi yang betul, lekapan yang betul semasa menyusukan Qaireen Amani..serta zah juga lakukan senaman fizikal untuk otok mulut dan mukanya....dan memang zah syukur sangat sebab tidak perkenalkan baby qaireen ni dengan botol awal..kalau zah mengalah awal-awal tu..memang Qaireen Amani akan jadi macam abang dia juga.

boleh baca fakta selanjutnya disini : Menyusukan Si Manja Anda 

Alhamdulillah..sekali lagi..sehingga hari ini..zah tau yang Qaireen Amani sudah boleh menyusu dengan baik...yang penting sabar...sekali lagi mitos puting pendek..susu takde zah harungi dengan jayanya..alhamdulillah :)


 Belajar Menyusu Menggunakan Medium Lain - Bottle Feeding
Ajar Qaireen Amani menyusu guna botol pada hari ke 18

Oleh kerana Zah akan meninggalkan Qaireen Amani masa hari ke 19 dengan opah dia..zah ajar Qaireen Amani gunakan botol susu untuk minum susu perahan masa hari ke 17. Try sekali je dia dah boleh habiskan 2 oz..so zah ikut gerak hati..Qaireen Amani takde masalah gunakan botol susu...

Hari kedua masa nak g amik jubah kat OUM pun zah ajar Qaireen Amani minum susu perahan sekali lagi...zah biasakan dia dengan pengasuh yang Zah bawa..alhamdulillah takde masalah juga.

Hari dia ditinggalkan..Qaireen Amani leh habiskan 2 botol susu..jarak masa 6.00 Pagi - 12.00 Tengah hari.. 6  oz susu..alhamdulillah..dia pun baik je diam masa kena tinggal..tapi elok je dapat puting ori..sampai ke tengah malam Qaireen Amani tak lepas zah..huhuhu

Kesimpulannya : nak menyusukan anak ni perlu tahu cara nak selesaikan masalah...kena tahu posisi yang betul, lekapan yang betul...dan kena tahu kenapa anak kurang menyusu..kenapa anak macam tolak je puting ibu masa menyusu di payudara...yang penting semua masalah itu boleh diatasi bila kita belajar cue feeding baby..tak tidur lena tu standartlah..sebab baby juga tak menentu waktu tidurnya..kekadang dia boleh lena lelama..kekadang tengah malam besar je mata dia...

Impian Penyusuan Susu Ibu kali ini



Alhamdulillah, Zah dah dapat selesaikan tanggungjawap menyusukan Aqilah Irdina,..walau pun demikian, penyusuan masih diteruskan...wean-off atau cerai susu sedang dalam prosesnya...Aqilah Irdinapun menyusu kadang kala..melepaskan rindu sahaja...banyak adik yang menyusu sekarang ni.

Zah masih menyimpan hasrat untuk menyusukan semua permata hati dengan susu ibu sahaja...orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit...susu pun dah mula develop..zah dah nampak hasilnya...setiap hari..dari 1oz ke 10 oz bukanlah mustahil :)

day 19 : susu perahan awal pagi


day 21 : Susu Perahan awal pagi juga

Kesimpulannya, insyaAllah susu mencukupi dan bersesuaian dengan keperluan bayi kita..Zah ada dua demand..jadinya penawaran pun lebihlah...

btw : takde rahsia lain ye..takde suplement bagai untuk up kan susu..makan macam biasa, air masak panas tu dah jadi rutin...alhamdulillah :)

Salam Kasih,
Izzah
Certified Lactation Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics