Tuesday, December 18, 2012

Day 19 : Menghadiri Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia

Alhamdulillah, zah memang berdoa dan sangat berharap untuk menghadiri konvokesyen ni...dari baby qaireen dalam perut lagi...berdoa dia keluar awal..huhu tapi rancangan Allah itu lebih cantik...

Walaupun baby Qaireen Amani keluar hampir 40 minggu kehamilan, zah lekas sembuh dan kuat untuk berjalan jauh dari penang ke kuala lumpur..jalan dah kuat ni berani jugalah ke KL..tu pun suami kata..kalau nak g juga..pastikan badan sihat dan kuat :p.

Zah ke KL pada 15 Disember 2012 - dari penang ke kajang rumah adik...perjalanan lancar dengan 3 anak..tp zah bawa juga pengasuh anak-anak juga...jadi takdelah carca marba sangat kehidupan..huhuhu.. anak-anak tidur lena sampai kajang..lega..

masa g amik jubah...terasa gak kesejukan even pakai baju lengkap berstokin bagai...ni amik gambar kat Open University Malaysia Kampus KL.

Alhamdulillah - penat jerih lelah...semuanya telah terbalas..

Konvokesyen ke-13 - Open University Malaysia
Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
16 Disember 2012 - Ahad 

Moment indah bila mendengar ucapan tahniah daripada Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah - Alhamdulillah,akhirnya zah dapat juga merasa untuk menerima scroll ini.. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian, Open Uiniversity Malaysia, Konvokesyen ke-13, Dewan Merdeka,
Putra World Trade Centre

Menerima scroll dari Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah - Canselor Open University Malaysia

abaikan muka dalam pantang yang gebu tu..hehehe tak dan nak makan jamu bagai untuk kurus..janji sihat dan kuat masa naik pentas dah cukup..alhamdulillah

gambar dari kedai tak dapat lagi..tp ini antara gambar comel dengan anak-anak dan suami tercinta :), baby qaireen amani dengan opah dia...huhuhu so takde dalam gambar

Zah jadi orang pertama naik pentas amik scroll lepas rehat dengan koir...debar sangat..selawat banyak-banyak masa ni, berdoa juga kaki tak terpeleot..sebab dah lama tak pakai kasut tinggi :) - alhamdulillah..semua berjalan lancar.

Zah dan suami yang sentiasa bersama tika jatuh bangun nak habiskan study ni..

suami bagi bunga even zah kata tak perlu...dia buat kejutan..hehehe love u abang!

bersama suami dan anak-anak, along dan angah..baby qaireen dengan opah dia so takde dalam gambar..mereka semua yang sentiasa menyokong saya, dan menjadi sumber kekuatan untuk menghabiskan juga belajar jarak jauh ni..bukanlah sesuatu yang mudah bila sambung belajar dan pada masa yang sama jadi ibu, isteri dan bekerja..



Ijazah ini hadiahnya untuk keluarga tercinta.

Suami yang sentiasa menyokong dikala saya hampir rebah dengan kepenatan sebagai ibu dan pekerja serta isteri...

Masih teringat menghadiri peperiksaan akhir dikala berada dalam pantang anak kedua..

Berjaga malam usai menyusukan permata hati dan menidurkannya..kerna mahu menyiapkan tugasan serta menelaah di saat akhir untuk persediaan peperiksaan akhir semester.

Anak-anak yang kadang kala terpaksa ditinggalkan kerna menghadiri kelas dihujung minggu.

Bonda dan ayah saya yang sentiasa menyokong  hingga akhir..

Adik-adik yang menjadi sumber kekuatan bila melihat mereka berjaya dengan jayanya - saya kakak sulung yang melihat adik-adik konvo terlebeih dahulu..


serta syukur alhamdulillah, dengan izin dari yang Maha Kuasa...habis juga pengajian saya kali ini.


Kalian,

Kejayaan saya bukanlah datang bergolek..belajar sambil bekerja dan anak-anak yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah..hanya sedikit keinginan serta kekuatan buat saya berjaya harunginya..alhamdulillah.


Salam Kasih,

Izzah.

5 comments:

oren said...

tahniah n very proud of you..

*mmg momen manis utk dikenang..*

aThidEaN said...

TAHNIAH KAK ZAH

saya dah lama baca blog akak, nampak kesungguhan akak dalm buat semua tanggungjwb.
an inspiration indeed for myself.

bergenang air mata saya baca entry ni sbb terasa kesusahannya.

~farah~ said...

so proud of u! xnmpk mcm dlm pntang pun, beseri je :)

Mohd Zaidi said...

comei aiihh.. hehe

Mohd Zaidi said...

comei aihh..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics