Thursday, December 13, 2012

Day 15 : kisah ke hospital bukit mertajam

Dalam hati gundah gulana dan hanya zikir serta doa yang mengiringi perjalanan zah ke hospital pagi semalam.

Zah yang biasa dengan prosedur diambil darah untuk diuji tahu betapa ia menyakitkn...jika dengan qaireen yang baru berusia 15 hari..tentu lebih menyakitkan.

Zah jumpa PAED hospital bukit mertajam, tanya pro n kontra pelbagai perkara memgenai prosedur itu...akhirnya zah pasrah dan hanya berdoa ketika meletakkan qaireen amani di katil hospital.

Sekurang-kurang zah tau, selepas ujian ini jika ada apa-apa yang kurang baik dalam badan qaireen, zah sebagai ibu akan tahu lebih awal. Ujian dibuat untuk memastikan buah pinggang qaireen amani berfungsi dengan baik, hatinya juga serta hormon dalam badan. Lega bila PAED kata, jaundice qaireen akan turun lagi dalam dua minggu...usah risau sebab kadarnya tidak terlalu tinggi.

Qaireen Amani menjalani prosedur pengambilan darah dan air kencing sendiri, tak sanggup untuk memegangnya mahupun melihat. Tangisan qaireen juga buat zah yang menunggu di luar turut sama menangis....alhamdulillah prosedur selesai dalam 10 minit sahaja...selesai semuanya zah peluk qaireen amani..dia senyum je lepas nurse serahkan dia pada zah...kuat benar anak itu.

Hanya satu pesan zah, jika anak jaundice...tolonglah jangan campurkan dengan benda lain - susu ibu sahaja sudah mencukupi, jika anak sihat takpe...if anak mmg ada masalah dgn buah pinggang dan hatinya bagaimana...?kita sudah meletakkan sedikit risiko pada bayi kita..jangan menyesal di kemudian hari pula.. Insyallah...susu ibu sahaja sudah mencukupi...kekerapan penyusuan, kekerapan kencing dan buang air dah membantu untuk mengurangkan bacaan jaundice pada baby kita...

Oh ye,sebelum balik sempat timbang qaireen.

Hari dia lahir : 3.4kg.
Hari ke 10 : hanya 3.5kg
Hari ke 15 : 3.8kg..

Komen nurse dan doktor..macam baby dah sebulan...

1 comment:

Marwanis Mansor said...

alhamdulilah bam bam nya baby

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics