Tuesday, December 11, 2012

Day 13 : Jaundice oh Jaundice


Nurul Qaireen Amani sudah hampir 2 minggu di dakapan bonda.
dua minggu kelahirannya, bonda sudah tau berapa lama dia akan tidur,waktu menyusunya..bunyi rengekannya dan kesukaan Qaireen Amani adalah bila bonda letakkan dia di dada..

Semalam bonda kek klinik kesihatan sendirian...alhamdulillah...Zah bawa kereta sendiri hari ini..doktor yang periksa Qaireen Amani pun terkejut..baru hari ke 13 dad drive sendiri :p.

Tujuan Zah ke klinik adalah untuk periksa kadar bacaan jundice Qaireen Amani.
4 hari lepas, nurse kata kalau turun bawa 180, dia tak perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak.
Tapi lepas usaha menyusukan Qaireen Amani dengan kerap dan juga mandikan dia dengan air dari senseh.. Nampak gaya perancangan Allah itu lebih baik...bacaan jaundice Qaireen Amani turun..tp hanya 180.

Doktor yang periksa dia kata tadi, kalau ikut luaran..tak nampak dah jaundice Qaireen Amani, mata dah ok..kulitpun ok..tp sebab bacaan darah masih tinggi di hari ke 13..maka kami tetap kena rujuk ke pakar untuk periksa darah dan urine.
Tarikh yang diberi adalah pada 12/12/12 jam 8.00 pagi.
harapannya...Qaireen Amani tabahlah kena amik darah nanti...bonda ni penakut sikit..huhuhu..

Kalau ikut banyak petua untuk turunkan jaundice..tapi Zah dan suami lepas bincang pro and kontra masih tetap percaya dan yakin dengan susu ibu sahaja...sekurang-kurangnya susu ibu tidak akan beri kesan buruk kepada anak sekiranya dia ada penyakit lain..maklumlah Qaireen Amani baru 2 minggu...buah pinggang pun tak kuat mana...bahaya sangat jika diberikan 'remedi' lain selain susu ibu..

Doakan baby Qaireen Amani ya...dia anak yang kuat..macam tahu sahaja bonda susah hati..kuat menyusu dia tu..boleh menyusu sejam lamanya..huhu zah layankan je...asalkan dia boleh buang/kurangkan jaundice dari kencing dan najisnya..

sedikit kelegaan bila ada rakan bagitahi selepas hari ke 12, tak perlu risau sangat dengan jaundice yang tinggi sebab tak akan effect otak...oh alhamdulillah...

apapun doakan baby Qaireen Amani ya :)

6 comments:

pizet said...

geram pipi dia...rasa nak geget2 ja...insya Allah kak, nanti slow2 turun tu

Nur Aini said...

anak saya prolong jaundis...sampai kena amik sample air kencing, refer paed masa sebulan. tp lepas sebulan alhamdulillah tak payah pegi pakar lg...

izzah azfar said...

pizet : tulah..tak risau sbb jaundice
akak risau bila kena amik darah bagai tu..sakit oo...

izzah azfar said...

nur aini : harapnya qaireen ok..sbb kalau ikut luaran dia ok, baby pun aktif..

Nur Aini said...

bkn ape kak zah, saya eksian kan baby asik kena amik darah. dah la tgn very comel time tu

Faizah^Ramli said...

Samala baby ke2 sy prolonged jaundice... tiap2 mlm xdpt tdo... bacaan kejap turun kejap naek... pas 1bln++ barula jaundis da xnmpak... dugaan btul...mg baby qaireen cpt sembuh ye...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics