Wednesday, December 12, 2012

Cloth Diaper : Saya yang sudah jatuh cinta

Zah sudah memakaikan anak-anak Cloth Diaper / Kain Lampin Moden ni hampir 3 tahun...bermula dengan Along..turun ke angah dan kini legasi diteruskan dengan Baby Qaireen Amani.

Kalau orang tany susah ke nak handle cloth diaper akak CD ni?
taklah sesusah mana..malahan mata tak semak dengan sampah yang perlu kita sumbang setiap hari..huhuhu..macam Zah yang ada anak yang masih guna CD ni..if pakai DD...comfirm bertimbun sampahnya...

Btw, Zah ada beli rak seperti kat bawah ni..beli bukan sebab apa..sebab jatuh cinta je..berkenan betul kalau susun CD kat situ..huhuhu.
kalau tak silap Zah dua hri sebelum bersalin, Zah beria-ia pujuk husband suruh pasang rak ni..alhamdulillah, nasib dia on je dengan rengekan wife dia..

 

lepas pasang, ingat nak boh CD baby Qaireen je..tp rasa tak sampai hati pula...jadi zah amik keputusan untuk letak CD angah Irdina juga pada masa yang sama..sebab nak ajar depa ni berkongsi barang..angah Irdina tengok je CD dia tersusun kat cni..memanmg seronok sakan..
 

CD yang tersusun ni kebanyakan adalh CD yang pernah digunakan dari zaman Akmal lagi...lama dah..tp bila diguna dengan baik..alhamdulillah masih bertahan..baby qaireen pula pakai CD yang pernah kak ngah dia guna masa kecik..sebab potongan lebih kecil.
 

antara koleksi CD Qaireen Amani yang bakal digunakan lagi nanti..sekrang bonda tengah berusaha nak habiskan DD yang dapat masa bersalin dulu..jadinya pemakaian CD pun selang-selang..siang fully CD, malam nak tidur baru zah gantikan dengan DD.

Zah suka pakai CD bukan apa, nak tukar 2 jam sekalipun rasa tak segan sangat..kita pula leh pantau kekerapan baby kencing dan buang air..kalau pakai DD, baby tidur nyenyak..nak tau dia cukup susu pun kita tak leh nak kesan..

so far, Qaireen Amani pakai CD ok je..takde naik ruam ke apa ke..mean dia boleh guna insert mikrofiber..alhamdulillah.


Tips memakai Cd untuk new born :-

  • Pakai CD bila baby dah tak buang air dengan kerap.
  • Najis baby dah bertukar ke kuning tu tanda baby dah tak kerap buang air..(anak zahlah..anak orang lain maybe tak sama)
  • letakkan liner untuk mudahkan ibu berpantang cuci CD - takdelah kena main air banyak sangat masa cuci CD tu.
  • pilih CD yang cutting kecil untuk memudahkan setting
  • Velcro lebih mudah digunakan masa dalam pantang - button pun ok cuma amik masa sikit
  • tukarkan setiap 2-3 jam sekali untuk elakkan ruam lampin / baby tak selesa sebab basah..so tido merekapun taik lena nanti.
  • cuci CD guna mesin basuh je, jangan rajin pakai tangan..huhuhu kang bentan salahkan CD pula..tp benornya mak main air lama sangat..bahaya..CD yang dicucikan guna mesin basuh lebih bersih, insyaAllah berbanding cucian tangan.
  • gunakan sabun yang betul - elakkan softland dan clorox.
  • cuci CD setiap hari terutama CD yang kena najis untuk elakkan dari kesan najis tak tanggal.
  • jemur bawah matahari untuk hilangkan kesan kekuningan

1 comment:

semalu said...

comel rak tu, ktne zah beli rak macam tu?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics