Monday, December 31, 2012

2012 yang penuh kebahagiaan dan azam 2013

alhamdulillah - syukur dengan kurniaanya...masih bernafas di tahun 2013.

alhamdulillah..tahun 2012 yang berlalu memberikan banyak kenangan mengusik jiwa kepada diri sendiri, namun bila difikirkan balik..bila kita redha dengan Allah, menyerah segalanya kepada Dia yang maha Esa.. insyallah semuanya akan baik-baik sahaja.


Coretan Sepanjang Tahun 2012

  • Disahkan mengandung kali ke tiga - luar jangka..tak sangka..perasaan berbelah bahagi.
  • Menyusukan anak kedua semasa mengandung - alhamdulillah dilalui dengan tabah
  • Berpeluang amik kursus 40 jam sebagai kaunselor laktasi di Terengganu - syukur sebab kursus ditaja sepenuhnya oleh pejabat
  • Berpeluang beli rumah atas nama sendiri - mean saya dan suami ada dua biji rumah sebagai aset
  • Husband belikan sebuah kereta lagi untuk memudahkan kami berdua bergerak if terpaksa g keje sendiri - tak nak dah menyusahkan orang lain.
  • Banyak study pasal Natural Birthing - berjaya realisasikan masa bersalin kali ni...sebab tempoh yang tidak menyakitkan rasa macam nak tambah baby lagi :p
  • Tandem Nursing : Menyusukan dua anak serentak adalah sesuatu yg bukan mustahil..alhamdulillah.
  • Dapat hadir ke konvokesyen kali ke-13 di PWTC..- akhirnya merasa juga amik ijazah setelah belajar yang lama sangat baru habis :p
  • Berpantang sendiri...- mencabar tapi berjaya harunginya dengan pertolongan husband
  • Alhamdulillah...berjaya menyusukan anak kedua selama dua tahun..dan masih meneruskan penyusuan hingga sekarang.


Along dan angah yang jadi rakan baik dan rakan gaduh


Keinginan atau azam 2013 pula?

Azam jangka panjang :
Banyak yg saya belajar bila jadi ibu sepanjang 2012...
Kekadang bila rasa nak marah, 
Tengok ke cermin...
Refleksi diri..
InsyaAllah tahun 2013 saya perlu belajar lagi cara mendidik anak yang betul
 
Dengan itu azam tahun baru saya nak
 Akmal, Aqilah dan Amani lebih terdidik, 
Maka saya perlu didik diri saya juga.

Didik diri untuk jadi lebih sabar, lebih baik dan lebih memahami.
 
Insyallah....

Jadi ibu yang bekerja dan membesarkan anak-anak yang lebih kecil bukan satu perkara mudah, tambah bila semua anak-anak mahukan semuanya dari ibu mereka sendiri..dari makan, mandi sehinggalah mahu tidur perlukan bonda.. 


Azam Jangka Pendek :-

  • Akmal akan mula bersekolah rabu ni..kena sabar kejutkan akmal bangun pagi 
  • Angah perlu diajar untuk potty training.. 
  • Adik akan disusukan dengan susu bonda secara eksklusif selama 6 bulan
  • Nak turunkan berat badan, kena kawal nafsu makan..even menyusukan anak impian ni tak mustahil..insyaAllah.

Angah dan Baby Qaireen yang masih setia menyusu susu bonda,
Nurul Qaireen Amani  : Day 34 - berat dah 4.5 kg..alhamdulillah

Salam Kasih,
Izzah
Ibu kepada tiga anak
yang menyokong asuhan alami
'Breastfeeding, Cloth Diapering, Baby Wearing' 

1 comment:

intz said...

Betul kata zah, menjadi ibu yg bekerja bukan mudah. Kalau zah yg ada 3 permata syurga boleh, saya yg baru ada satu ni pun kena usaha bagi boleh.

Entri yg ini, inspirational sungguh!
Saya jadi semangat..
:)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics