Tuesday, November 27, 2012

Penyusuan Susu Ibu : Kenapa perlu negatif?

Selepas isu menyusukan anak di khalayak ramai, tadi masa jalan-jalan redakan otak terbaca pula entry ibu yang menghentam keras ibu yang mempertontonkan susu perahan mereka.

Lepas baca semua penulisan beliau, zah just simpulkan mesti ibu ini tidak menyusukan anaknya...huhuhu betul tekaan Zah...

For me, if u tak menyusukan anak..tak perlu kot nak kata itu ini mengenai ibu yang menyusukan anak, ibu yang letak gambar susu perahan mereka di blog...
Setiap ibu ada pilihan masing-masing...nak menyusukan anak alhamdulillah, tak nak takpe sebab itu pilihan ibu...

Pada Zah, sekarang rate untuk menyusukan anak secara esklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dengan susu ibu masih rendah di Malaysia. ..bukan sedikit usaha ibu yang berjaya menyusukan anak mereka tu, bukan sedikit.

Macam kita tengok kawan berjaya dapat diploma, dia tayang gambar konvo. Bukan bermakna kawan kita tu nak berlagak tunjuk dia dah berjaya..ish...cuba jadi orang yang positif.

Zah pun bukannya orang yang berjaya masa anak pertama, rasa rendah diri bila hanya jadi ibu yang memerah. Tapi Zah percaya pada kuasa Allah. Allah akan bantu kita bila kita berusaha.

Banyak benda lagi kat dunia ni yang perlu dipersoalkan. 
Tak perlu persoalkan benda-benda yang berkaitan dengan usaha ibu.
Bagaimana mereka kena kehulu ke hilir dengan pump susu
Jadual perahan yang pelu diikuti,
bangun tengah malam untuk menyusukan anak dan memerah
Ibu yang berusaha pelbagai cara bila Low Milk Supply melanda.
Banyak sangat usaha ibu itu...
Pada Zah..usah persoal
Itu rezeki dia pada Allah.

Pasal status di facebook.
Emm, setuju bukan semua benda boleh dikongsikan
Namun, adakah teman di facebook anda kebanyakannya lelaki?
huhuhu sendiri jawap ya..
Zah?ada beberapa kenalan lelaki tapi yang suami juga kenali mereka..
rata-rata yang sama-sama isterinya menyusukan anak
kekadang mereka bertanya pada suami tips-tips penyusuan
secara keseluruhannya, boleh kira dengan jarilah kawan lelaki dalam senarai kenalan di FB tu....

Oh, maaflah menulis begini..sebab Zah rasa banyak benda lagi boleh diperkatakan..kamu tak suka, kamu rasa rendah diri or kamu iri hati..jauhkan diri dari mereka...full stop...jangan kata itu ini..huhuhu..

Sebabnya, dari 10 orang yang membaca blog ibu yang bercerita mengenai penyusuan susu ibu..mungkin 8 daripada mereka yang dapat tips dan manfaat...jadilah orang yang positif..itu sahaja yang Zah pohon.



Saya yang cintakan penyusuan susu ibu,
Izzah
Certified Lactation Counselor


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics