Friday, November 09, 2012

Nursing In Public : Apesal banyak sangat komen negatif?






Pumping @ Hong Kong International Airport

Sekarang banyak sangat isu pasal nursing in public....ish kome...nak menyusukan anakpun dipandang geli, hina bagai...apa ni kome....kita nak bagi anak makan ler..bukan nak bagi tayang keseksian :p

rentetan dari beberapa isu hangat....masuk tv9 (galaksi), mixfm, dan satu blogger lelaki ni...banyak statu zah difacebookpun ada berkaitan dengan NIP ni...

antaranya :

Situasi:
ada tetamu mai umah, anak nak susu..tinggalkan tetamu tu ke kat ruang tamu?
Sebab zah baru je lepas menyusukan irdina...tp cover ngan bantal giant...isteri tetamuphn suruh susukan irdina yg dah ngantuk tu....
Ala ibu menyusu lain,lantaklah penulis blog tu nak kata apa..janji kita dah tunaikan hak anak kitakan?tak yah pening2 dgn dia yang nak naikkan rating blog...kitapun tak yah stress..sebab stress akan ganggu susu pula nanti..kita yg susah n senang masa menyusu dan membesarkan anak ni...bukan dia or orang lain..lagipun sampai bila nak fikir pasal org...
Cadangan saya :-), teruskan penyusuan susu ibu dimana sahaja...mudah murah fleksibel.
 


 **********************************************************

Lately isu penyusuan susu ibu mcm pisang goreng panas...
Kan kan kan?
Eh,menulis kena ada fakta bukan auta.
Nak bercakap bukan ikut sedap mulut je.
Semoga kita semua yg menyusukan anak kuat.
Tak perlu malu nak mengaku bahawa anak kita minum susu kita.
Tak perlu cari tandas. Beri anak makan buat apa nak malu?
 


*********************************************************** 

Maaf sedikit emosi.
Menyusukan anak itu dikatakan mendedahkan aurat.
Pakai baju nmpak lurah dendam, tidak menutup aurat sewajarnya tidak pula dijadikan isu.
Susahkn hendak mempromosikn penyusuan susu ibu.
Saya biasa menyusukan anak dikhalayak ramai.
Airport?shopping mall?kenduri?restoren?hotel?
Ada caranya...tak perlu malu menyusukan anak. :-)
 

*********************************************************** 

Ada yang komen membina, ada juga komen yang OMG,macam awak ni bukan seorang ibu.huhuhu ...tapi zah suka komen dari kak Farah Rahim ni...dia pengasas kepada Homemade Solid Food kat FB :

Farah Rahim siapa hari2 nak shopping midvalley, unjurkan kat husband pun husband CEMUIH. (Bebaru ni bertugas for one expo pun I took my anak kat tepi shutters belakang tu dan NIP) Jika anda tinggal di KL anda boleh berkata begitu. Kalau anda di negeri lain? ceruk tok kun mana ke? hiking, ecovacation? Mana kau nak cari nursing room tengah2 hutan tu jah LOL
I biasa je kalau dalam meeting dengan client yang kita nak mintak dana or sponsor, I rasa waste of my client's time semata2 untuk diaorang duduk ternganga kat lobby lounge or meeting room menunggu my daughter BF. Dah la kita memang macam orang minta sedekah punya susah nak dapat sponsor for NGO purposes. Usually I just put nursing cover and NIP sahaja. My clients pun dah biasa and they are in the business of allergic diseases, diaorang faham kepentingan menyusu dan berangkut satu batalion anak to met them for discussion. Kalau pernah nampak pompuan kat UN/Parlimen tu bawa baby to work...well I am living the dream. I takde choice nak lari ke surau setiap kali anak I nak BF (nak pulak berangkut lagi 2 orang). Bagi EBM dalam bottle dan tinggal pada babysitter? What for? I'm surrounded by people yang mentality mereka positive pada BR dan attachment parenting. What important to me is important to them. I think itu yang parents ajar dari kecik, surround yourself with people yang bring you up not bring you down.

Balik pada Nawaitu la, Allah sure beri jalan punya. Tapi kalau awal2 sudah bersangka buruk pada umat Muhammad SAW yang lain,.................(sila isi tempat kosong sendiri)

dan komen dari ibu muda ini :

Faliyana Bt Muda Senang cite anak nak menyusu ni ibarat kita makan hari2..ce yg bercakap buat. .saya bagi masa untuk anda 2 tahun untuk jangan makan dan minum dikhalayak ramai..tiap kali anda nak makan or minum sila cari toilet/surau/tempat tertutup :-) sebab orang akan cakap mak anda seksi bila awak makan or minum dikhalayak ramai :-)


Kesimpulannya : memang menayang body /breast di khalayak ramai adalah berdosa..aurat, tapi bukan sebab kita menyusu..kita pakai baju yang ketat, tak pakai tudung tutup dadapun berdosa....jangan jadikan sebab anda terlihat ibu menyusu tertunjuk breastnya terus anda kata kami suka suki menyusukan anak dikhalayak ramai.

Cadangan saya, elakkan mata anda lihat ibu berkenaan. Ibu berkenaan sedang menunaikan haknya sebagai seorang ibu. Nak bagi anak makan sahajapun..takkan nak bagi anak makan kat tandas...even wangi sekalipun..anda sanggupkah makan di tandas?atau ditangga yang berbau hancing dan busuk rokok?

untuk ibu, jom kita jaga aurat kita...pakailah pakaian yang menutup aurat, tudung yang sedikit labuh untuk menutup aktiviti menyusukan anak tu..then, minta bantuan pasangan untuk tutup aktiviti kita...susah sebenarnya nak memuaskan hati semua orang..

jangan kata nursing room kan ada...ok let say, untuk nursing room yang kecil, berapa kapasiti untuk sekali penggunaan?semua tempatkah ada nursing room?nak kena berlari pula ye untuk susukan anak...biar anak nangis aw awa...huhuhu sedangkan menangis adalah tanda terakhir anak nak susu...


Nampak kasar entry saya hari ini.Maaf...  






4 comments:

aThidEaN said...

agreed!
saya ikut perkembangn isu ni
saya pun pernah jadi ibu menyusukan anak dan iallah akan jadi lagi lepas melahirkan ni.

saya sakit hati nak buat entry komen pasal nip ni,

yg pntg kita tau jaga aurat kita sudahlah. menyusukan anak tu mmg wajib, tp kena gaya baru betul.

Maria Rajab said...

setuju tu zah..diorg kadang2 ikut sedap mulut je..buat bf mommy semua mari meneruskan penyusuan ibu..dan jaga aurat semua..;)

Kenari Putih said...

betul tu sy pon setuju. yela kita pon mmg malu kalo org ambek kesepatan nk tgk..

iBu QisQas said...

setuju sangat..dengan selambanya saya menyusukan anak di khalayak ramai..tetapi haruslah menjaga batas aurat..rsa geram sangat bila depa duk jeling duk tenguk sambil berkerut2 dahi pelik kita yg bf ni..walhal di sekeliling ramai yang duk tayang body depa wat bodohje kan..
semoga kita semua berjaya dalam mengamalkan penyusuan susu ibu ini.. :-)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics