Friday, November 30, 2012

Day 3 : ibu kepada 3 anak.

Alhamdulillah..semalam dah kuar wad..berehat di rumah lebih syurga rasanya..walaupun ditemani dengan dua askar comel tu..hehehe...
So far along akmal cool je bila tengok baby adik..adik nangis dia gelak...angah irdina dah mula tantrum..nangis..tp bukan cemburu ngan adik, nangis nak perhatian je..huhuhu sampai nak peluk pun dia takmo bila nangis..so..dah reda baru dia mai peluk bonda..makin sedaplah dia sambung menyusu sebab susu dah mula bertambah..menyusu dua orang memang berbeza..lapar je kejenya...leh sampai tahap menggigil...
Mulanya zah ingat nak berpantang dengan anak2...tapi zah terpaksa akur minta suami hantar anak2 dengan pengasuh, zah perlu sihat untu suami dan anak2..berpantang dengan anak yg nak membesar sangat mencabar..bukan depa ni menyusahkan or apa...tapi sebab semua nak mama yg buat..mmg terasa juga...sakit satu badan..dengan rengat yg sangat sakit..boleh nangis tau..
Mungkin lepas zah dah baik sikit baru leh depa ada kat umah waktu siang...insyallah...sekarang kena redha yang badan perlu rehat..even yang datang melawat tegur kata zah ni kuat..huhuhu memanglah tak sakit mana sebab bersalin normal,tapi nak jalan tetap kepit-kepit...banyak yang kena jaga..
Tido masih lena sebab along n angah jenis tido tak jaga sampai pagi, adik je yang bangun menyusu dua tiga kali..so far hidup takdelah berterabur sangat..banyak benda nak syer..tapi taip pakai tab tak puas..

Salam kasih,
Izzah,
Ibu yang belajar waktu tidur bayinya.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics