Thursday, November 29, 2012

Day 2 : episod penyusuan susu ibu kali ketiga bermula sudah.

Alhamdulillah, sekali lagi zah berjaya merealisasikan impian penyusuan yang disusun dengan baik sejak awal minggu disahkan mengandung....

Pelan penyusuan sudah diberitahu dengan doktor yang akan menyambut baby adik...saya mahukan skin to skin selepas adik keluar,saya mahu menyusukan di dalam labor room dan seterusnya rooming in dengan adik...alhamdulillah semuanya zah perolehi..terima kasih doktor.

Cuma sedikit pergaduhan kecil..hehehe semasa tengah sakit 8cm bukaan bila bidan tidak percaya dengan kebolehan ibu untuk menjaga bayi yang dilahirkan selepas bersalin, zah dimomokkan dengan pelbagai perkara seperti baby akan biru..baby akan lemas dan kesejukan jika tidak dijaga dinursery. Alhamdulillah,zah tetap berkeras, dengan bantuan suami yang juga menyokong kemahuan zah...serta doktor yang tidak menghalang...alhamdulillah zah berjaya mengharungi halangan itu...nasib sudah ada ilmu sedikit, kalau ini anak pertama...tentu kami menyerah segalanya kepada hospital.

Baby adik lebih awal episod menyusunya...dari labor room lagi..selepas lebih kurang 15 minit dia dilahirkan...tetapi bukanlah bermakna adik terus menyusu tetapi adik diletakkan di dada saya..adik mencari sendiri dimana dia patut menyusu..wah subhanallah..baby adik pandai dan tahu tau...suami sekali lagi jadi saksi episod itu..

Cuma sedikit berbeza dengan angah irdina kerana adik perlu diajar dengan berhemah...banyak sabar dengan adik..sebab adik menyusunya agak lama...dalam sejam tu menyusu lepas menyusu lepas...then menyusu lagi..kekadang hampir dua jam episod menyusu adik...tp bila dia lena lama juga...sampai kena kejut...

Adik kuat sikit nangisnya..hehehe awal2 tu gelabah gak..kalau orang tengok mesti kata susu zah takde,or tak cukup..tp sebenanrnya baby perut dia kecil sangat diminggu pertama...susu yg ada mmg cukup..jangan risau..saranan zah..pelajari tanda baby lapar,ajari dia untuk bangum menyusu..kejutkan baby..baby suka bila ibu mereka peluk dan panaskan badan...alhamdulillah hari ini hari kedua,sudah rasa penuh cik b ni...

Kejap lagi nak kuar wad, angah irdina dah rindu menyusu..episod tamdem nursing pula..

Salam kasih,
Izzah
Bilik 8
KS WAN & LIOW SPECIALIST MATERNITY CENTRE.

5 comments:

oren said...

boolat :)

tahniah Zah..teruskan menulis sbg inspirasi kpd ibu2 yg lain..

aThidEaN said...

geram nya baby fresh from oven ni.
bulat merah wangi lagi
thanks kak for the tips.
iallah anak kedua ni saya pun nak terus buat skin to skin contact.
masa anak sulung e-czer, mmg xsedar langsung lepas melahirkan. tp alhamduillah masih berjaya menyusu lepas 2jam operation dan terus sampai 14bulan.
sy terpaksa stop bf awal lepas sah pregnant, sbb contraction kuat di awal pregnancy.

OmbakBaik said...

tahniah mommy..moga sehat2 bersama adik baby

raihana said...

tahniah kak zah!...sihatnya baby. gembira dengar khabar dari akk...teringin anak kedua nanti ada pengalaman begitu juga <3

izzah azfar said...

tq kak oren :)

aThidEaN : tq dear, takpe nait awal tu penting :)

OmbakBaik : tq kak

Anonymous raihana : boleh raihana, janji kena belajar dari awal

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics