Friday, November 02, 2012

Breastfeeding : Bertahan sehingga 23 Bulan


macam tak percaya Irdina dah nak masuk 2 tahun.
Alhamdulillah, Zah masih menyusukan secara terus walaupun perut dah besar ni..hehehe..Irdina pun makin sedap menyusu..
maybe susu pun dah start banyak ( rasa cekang je cik b)

btw, macam entry zah pagi td..
memang sangat sakit...bila contraction tu terjadi..
tapi keajaibannya...
semasa zah menyusukan irdina..
sakit tu tak rasa...
teringat pengalaman seorang teman yang melahirkan anak di rumah.
bagi mengurangkan rasa sakit contraction tu..
dia peluk dan cium anaknya..
zah secara kebetulan peluk irdina semalam..
yup, sakit tu tak terasa sangat..
yang sakit bila dari mengereng kena bangun.


Kalian,
Zah juga pernah gagal menyusukan anak secara terus dulu.
Zah juga pernah hadapi saat susu habis.
perahan hari ini untuk esok.
Tapi Zah percaya pada rezeki Allah..
Perlahan-lahan zah buang stress jauh-jauh..
dari tiada Zah penuhkan stok dalam freezer..
Alhamdulillah,
Dengan akmal Zah berjaya sehingga 15 Bulan sebagai pemerah tegar.

Irdina pula Zah mulakan dengan betul dari awal kelahiran
tiada puting tiruan sehingga hari ini
botol susu hanya di perkenalkan pada hari ke 50..
on off...dan betul-betul minum ebm 
adalah pada hari pertama di rumah pengasuh.
balik kerja Irdina sudah tidak pandang susu botol
hujung minggu apatah lagi
susu perahan zah bertambah sehari dari sehari...
Alhamdulillah sehingga usianya setahun 8 bulan
barulah stok susu itu beransur kurang.

Kenapa Zah keras hati mahu susukan anak dengan susu ibu.
Zah dapat lihat anak tidur lena sampai pagi.
Zah dapat lihat anak yang sihat tanpa sakit yang teruk
dan Zah dapat lihat perkembangan hebat dengan susu ibu.

Sedihnya hati bila susu berkurang,
anak mula tidak tidur lena
anak mula sakit demam sana sini
kalau anda ibu apakah pilihan anda?
sudah tentu mahu yang terbaik untuk anak-anak bukan?

Kalian,
ada orang kata Zah terlalu kuat untuk menyusukan anak
jawapan Zah mudah
kita ibu mereka,
kita perlu kuat,
berikan mereka sepenuhnya usaha
tak lama manapun nak menyusukan anak
sekurang-kurangnya 2 tahun itu susah,senang,jerit perih 
akan berakhir jua :)

Kalian,
bertabahlah ye apabila ada halangan.
jangan gelabah.

Maafkan zah jika sms dan email tidak berjawap
zah kurang sihat sekarang
meniti minggu-minggu akhir kehamilan adalah sesuatu yang tidak mudah sebenarnya..

Zah berdoa, untuk anak ketiga inipun 
journey penyusuan masih manis.
zah sudah bersedia memulakan langkah awalnya kembali
InsyaAllah.

diharap kalian juga begitu :)

salam kasih,
Izzah

2 comments:

Mrs. Amad said...

alhamdulillah..sonoknye..anak sy sgt refuse puting botol.sy pump pun die x minum.

izzah azfar said...

puan,

takpe bukan botol je medium untuk bagi susu ibu...

sebenarnya dalam laktasi ni, botol adalah sangat tidak digalakkan...cubalah cara lain ya :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics