Wednesday, November 21, 2012

Breast Feeding : Suka Duka Perjalanan menuju 2 Tahun penyusuan

Dah lama tak bercerita mengenai penyusuan susu ibu.

Untuk yang baru membaca blog ini, Zah merupakan ibu kepada 2 anak yang menyusu susu ibu...Insya Allah akan meneruskan perjalanan penyusuan kali ketiga dalam beberapa hari lagi..

Irdina yang dah nak berusia 2 tahun..
tido atas perut bonda..tak dapat susu dapat ciumpun jadilah :p

Seronok sebenarnya menyusukan anak ni, masa dengan anak sulung...Zah yang hanya jadi seorang ibu EP (Exclusive Pumping), tapi perjalanan boleh diteruskan sehingga 15 bulan, berhenti ketika usia kandungan anak kedua 3 bulan due to susu dah semakin berkurangan...

Alhamdulillah, Irdina lahir sahaja sudah dibekalkan dengan sedikit ilmu..jangan kata perjalanan semasa awal-awal kelahiran Zah mudah, Irdina jaundice sehingga sebulan, setiap hari kena g chq up darah....huhuhu memang kalau takde ilmu tentu dah menyerah kalah :) - tapi dengan sokongan padu suami, yang selalu positif..Irdina membesar bak juara dengan susu bonda sahaja.

Orang selalu kata, susu sedikit...susu saya tak banyak...Zah pun masa Irdina lahir, susu takde nya bergelen-gelen....tapi apa yang Zah buat, Zah tambahkan permintaan, Zah bagi signal pada otak yang Zah perlukan susu untuk Irdina, Irdina kena minum dengan kerap untuk buang bilirubin dalam badan dia...Irdina akan dikejutkan sejam 1/2 setiap kali dia tidur lena masa waktu siang, penyusuan semasa malam tetap diteruskan.

gambar pagi tadi, Irdina mengamuk tak nak g umah pengasuh
Zah pujuk dan peluk dia
minta susu tp sebab dah nak sampai umah pengasuh
Zah janji bagi dia susu petang ni..

Yang zah ingat, Irdina sangat behave sejak dalam pantang, tak sempat nangis Zah dah offer dia susu...kiranya praktikal yang Zah buat hampir 2 bulan itu berjaya..dan sehingga hari ini..even dah makan macam-macam Irdina tetap minta susu bonda. Susu bonda bukan setakat susu nak bagi kenyang, susu bonda juga susu untuk bagi dia rasa 'selamat', susu untuk pujuk bila dia tantrum, susu bonda juga buat Irdina rasa diperlukan dan tidak terabai even nak dapat adik.

Irdina yang menyusu sampai terlelap..
lately lagi sedap dia menyusu..
ayah kata sebab susu bonda dah makin sedap.

Kalian,

Nak susah masa menyusukan anak ni sekejap je...suami Zah selalu kata, nanti baby dah besar..takdenya kita penat mcm ni...penat dan lelah tu sekejap je..kang anak dah besar, mana dah dia nak susu macam sekarang.

Tips Penyusuan Masa Berpantang:

  • Rajin-rajin susukan anak masa dalam pantang, kira dah namanya pantang..baby tu pastikan dekat dengan ibu..
  • Bila baby tidur, ibu rehatlah sama..jangan tak tidur pula..untuk pastikan ibu kuat bila baby bangun menyusu.
  • Sebulan pertama baby kadangkala tak ada jadual tidur yang betul...kena kejutkan baby menyusu masa siang dan malam.
  • Gunakan posisi penyusuan yang selesa dan tidak menyakitkan..Ibu boleh berbaring sambil menyusu..takdelah sakit jahitan dibawah tu terasa sangat.
  • Jika ada nursing pillow, gunakan juga untuk memudahkan penyusuan..Percayalah Nursing Pillow sangat membantu :)
  • Susukan baby tanpa jadual waktu.
  • Jangan tunggu baby nangis baru nak bagi susu..baby ada banyak tanda lapar..
  • Boleh mula memerah SELEPAS menyusukan anak. Jangan obses dengan susu perahan sampai lupa nak susukan anak. Baby adalah pump payudara paling best dari pump mahal-mahal tu...


Tips Penyusuan Sekembali Bekerja :

  • 6 bulan pertama : pump setiap 2 jam di meja sendiri.
  • Gunakan nursing cover dan pump eletrik.
  • Pump dalam 15-20 minit untuk kedua payudara.
  • Minum air masak dan makan secukupnya. Tiada suplement yang boleh membantu menambah susu bdana sekiranya kita tidak konsisten mengosongkan payudara.
  • Bangun tengah malam antara jam 12-6 pagi untuk memerah, membuat perahan semasa waktu tersebut dapat meransang otak untuk menghasilkan susu
  • Susukan anak sekembali sahaja dari kerja


Oh ye, ada yang bertanya mengenai masalah penyusuan. Maaf jika berkesempatan Zah akan balas, mana yang tidak tu...Zah mohon maaf sesangat. Sekarang Zah dah masuk 39 minggu, balik dari office selalunya Zah akan rehat dalam bilik...memang tak mengadap PC dah bila habis kerja...zah pun dah makin kerap susukan irdina sekarang, nak bagi cepat sikit tanda bersalin..huhu tak larat dah nak bawa perut g keje.

ok tu je...selamat menyusukan permata hati ya!

salam kasih,
izzah

1 comment:

ila si umi areeb said...

akum pn izzah..sy sgt kagum dgn mana2 ibu yg bjaya menyusukan ank sehingga usia 2thn.
sy masa kelahiran ank yg ptama mmg ad mslh.susu sy xkuar.mcm2 dh sy buat smpai sy nangis sbb xdpt kasi ank knyg ngn susu sndri.
utk ank 2nd, sy mmg nak fully bf..ad x tips yg pn izzah bole kasi?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics