Wednesday, November 14, 2012

3rd Pregnancy : Minggu ke 38 dan coretan pendek tentang along dan angah

Alhamdulillah, hari ini masih berada di pejabat...dah tak ada kerja yang tertangguh sebab isnin lepas dah selesaikan semuanya..kiranya kalau nak bercuti panjangpun legalah..tak menyusahkan orang lain dah.

Update Ringkas Minggu Ke 38.

diam tak diam, zah sudah menghampiri minggu-minggu terakhir kehamilan kali ketiga ni, badan pun sangat membesar dengan jayanya...serius, takut tengok dengan angka timbang badan tu..huhuu...dalam dok kurang sihat, muntah n cirit birit last week, berat masih naik dengan jayanya tau..so minggu ni terpaksa ke klinik 2 hari sekali untuk periksa tekanan darah, urine dan jantung baby...kalau ikut memanglah tak larat, malas pun ada...tapi setiap aturan yang Allah bagi tu mesti ada hikmah, sekurang-kurangnya zah dapat dengar degupan jantung baby..

Rasanya, benda paling tak selesa sekarang adalah dibahagian ari-ari...minggu ni pun sakit dah mula terasa di kawasan pinggang..terutama kalau duduk kat office..maybe sebab asyik duduk takde baring so, sakit tu boleh tahan jugalah...tanda-tanda seperti contraction tu mcm tak rasa sangat..tapi zah perasan mukus/lendir putih dah makin banyak...emm bagus juga at least zah tau tu tanda rahim dah progress untuk bersalin, insyaAllah jumaat ni ada appoitment dengan Dr. Wan..harapnya ada berita baik...

Sekarang sangatlah susah nak tidur malam, memang dah beberapa malam tidur jam 1.00 pagi, awal pagi dah bangun...sebab tak lena..jam 4.00 terjaga...nak tidur mengereng memang sakitlah..Allah je yang tahu...bantal kiri kanan atas bawah semua ada...

Cerita Anak-anak


Along Akmal sekarang dah bijak, tapi dia memang manja tak boleh tahan..huhuhu sebabnya, walaupun diajar untuk tidur di tempat sendiri..dia boleh bangun tengah malam, dan minta tidur sebelah bonda juga...kekadang tu zah layan..kekadang tu tak kuasa bonda...huhuhuu sebab lately ni rasa tak selesa sangat bila tidur rapat-rapat, rasa macam nak bernafas pun susah.


Alhamdulillah, dia pun zah dah daftarkan untuk masuk PASTI tahun depan..insyaAllah akan bermula sesi persekolahan anak sulung kami..hehehe rasa oh dah tua dah, anak dah masuk sekolah...teruja tau!

Along Akmal ni satu je, makan dia kekadang perlu disuap, kalau tak..makanlah dua tiga sudu..tak macam adik dia..tapi, kekadang kalau dia lapar, nasi memang bertambahla...so memang tengok mood nak makan dia...tu sebab berat dia ngan adik dia lebih kurang je...cuma tinggi lebih sikitlah..

Hari-hari Along Akmal cakap ngan baby NQA...tanya bila nak keluar..hehehe so dia pun teruja sama macam bonda dan ayah dia juga...


Angah Irdina pula semakin kuat tantrum nak dapat adik sekarang...Allahuakbar, memang dia punya feel lain dari Along Akmal tu..huhuhu..dia punya jiwa sangatlah sensitif, kalau tengok zah nangis sebab sakit, diapun leh nangis sama...oh memang jiwa bonda betul Irdina ni.

Usia nak masuk 2 tahun ni, Angah Irdina dah bijak bercakap...yes macam-macam perkataan dah dia boleh sebut..alhamdulillah...dia memang budak bijak...tahu dah nak makan apa, nak minum apa, nak air apa..dia pandai request...Angah irdina ni tak boleh pisah dengan makanan..kalau tengok gambar kat atas tu...dia makan sorang tau..huhuhu adalah dua tiga sudu zah amik...

Dah namanya gigirl...diapun ada baju feveret...huhuu kalau boleh hari-hari nak baju tu...emm dah pandai melawa...mandi pun senang, cuma dia ni jenis copy paste, abang nangis takmo sabun, diapun sama,..tetiba nangis...yang tak boleh tahan bila dia paksa abang dia masuk tidur sekali...sib baik la abang tu baik..ikut je kehendak adik ni.

Menyusu tu masih jadi menu utamala...emm dah nak cukup dua tahun pun dia menyusu dengan Zah..dari seringan 3.45kg, sampailah 12kg sekarang..hahahah nak suruh stop comfirm nangis..tp oklah, bila bagi..kita kata sakit..dia akan berhenti sendiri..tidur mesti sebelah zah...selalunya..lepas dia dah lena..zah angkat letak sebelah abang dia...


Gambar pagi tadi...syok je dua orang ni tidur..siap peluk each other...rasa nak  keje pun malas :p....so far anak-anak ni ok, takdelah rasa macam terbeban ke apa ke..cuma bab main permainan tu memang kena ajar...kena kemas balik...so, untuk perancangan masa hadapan, bila duduk rumah baru nanti, kawasan permainan adalah dalam bilik masing-masing....takmo berterabur mainan dalam rumah..huhuhu korang nak tambah ahli lagi..kang rumah macam tongkang pecah lak..

Esok cuti...tak larat dah sebenarnya...nak cuti awal sayang cuti...huuhuhu...doakan zah bersalin kali ni dipermudahkan ya...kaki dan tangan dah macam tangan gajah..huhuhu kembang semacam je..

Salam Kasih,
Izzah.

4 comments:

~farah~ said...

alolo, kiutnya tido pepelok camtu :)

Maria Rajab said...

baguih dia punya pelok abg..comel je..xlama lg nak due dah ye zah..goodluck

izzah azfar said...

farah : menantu korang ni mmg comel..

izzah azfar said...

maria : hehehe...anak2 zah mcm ni lah..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics