Tuesday, November 20, 2012

3rd Pregnancy : Kelahiran yang diharapkan.

Selain menggali ilmu penyusuan, persediaan berpantang dan sebagainya..zah juga banyak membaca mengenai bersalin secara alami, tanpa ubat dan paksaan..baby lahir secara semulajadi...

Ingat lagi sakit bersalin anak pertama dan kedua, dua-dua berbeza rasanya. Akmal lahir selepas 10 jam dalam labor room. Irdina pula hanya ambil masa 4 jam. Kenapa berbeza? sebab zah ke hospital atas saranan doktor, masa akmal dalam tak sakit tu dah buka 2cm, tp nak tunggu 10 cm..makan masa juga..dengan berbaring sahaja lagilah bukaan untuk keluarkan baby tu lambat.oh ye, akmal lahir tatkala usia kandungan baru 36 minggu 6 hari....cepat sungguh dia nak keluar :)

Irdina pula bila tanda darah yang fresh pada pagi 5 Disember 2012. Hari sebelum tu, Doktor memang dah kata buka 2cm, rahim pun dah progress tapi doktor benarkan zah balik rumah, sempat bawa anak-anak main di Jusco Perda dan makan kenduri di dua buah rumah. Mungkin masa dah cukup ranum masa tu, Irdina memang cepat sangat keluar...sampai zah pun takut nak cakap kat nurse yang rasa sangat dah nak meneran ni...alhamdulillah, elok zah bgtau rupanya kepala irdina dah keluar...huhuhu teran punya teran, irdina pun lahir.

Zah copy dari blog kak suraya lunatots : Percaya atau tidak, kelahiran biasanya difokuskan kepada keselamatan daripada rasa ketenangan of being welcomed to the world oleh bayi. Teknologi saing mengabaikan isu emosi...sejujurnya Zah sangat bersetuju, kita terlalu percaya kepada 1st opinion...tambahan pula jika itu doktor..

Kelahiran kali ini, zah sudah mula rasakan sedikit tidak selesa di pinggang, bahagian ari-ari dan juga kekerapa brixton hicks yang datang dan pergi..ada waktu zah menangis juga..jangan tak tau..huhuhu but zah cuba untuk tidak terlalu tertekan. tidak mahu stress sebab bila ibu yang hamil stress, akan buat baby dalam perut juga stress.

Ketawalah, bergembiralah dengan kehamilan di minggu akhir...minum air secukupnya, makan selagi daya sebab minggu akhir adalah minggu penyediaan diri untuk bersalin dengan penuh tenaga..banyak jalan (sebab tu saya masih di office hari ini even sakit tak boleh blah smlm), make love jika mampu :p, dan juga teruskan kekerapan menyusukan anak..sangat menenangkan bila cium bau masam irdina..huhuhu...

Harapan untuk kelahiran kali ini : cepat, singkat dan mudah. Baby adik lahir dan saya mesti menyusukan dengan susu ibu seperti kakaknya dulu..

Reaksi anak-anak semasa bonda sakit?

Akmal : mama sakit ehh?cian mama...sambil usap perut...baby keluarlah..cian mama sakit tu.. (abang yang caringkan?)

Aqilah : tak kata apa-apa, cuma usap perut...emm...tp bila bonda nangis dia akan datang lap air mata, bila bonda dah reda baru minta susu mama.

Reaksi suami bila isteri sakit?
Sabarlah sayang..sikit sahaja lagi..itu katanya...oh saya sangat suka bila sakit dan dia pegang tangan saya..rasa tenang rasa hormon oxitoxin tu terlebih, kurang sakit :)

Apapun..semoga semua dipermudahkan.
doakan saya,
khamis dan jumaat ni saya sedikit sibuk
ada event di pejabat.
jumaat lepas event saya ada temujanji dengan Dr. Wan, dengan harapan sudah masanya saya bersalin..oh semoga dipermudahkan.

6 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

SemOga dipermudahkan....amin.

Farrah Hasna said...

smoga allah permudahkan semuanya k..

JaSSNaNi said...

semoga semuanya selamat.. aminnnnn

zehan said...

moga dipermudahkan ye kak....doa banyak2...

pizet said...

moga dimudahkan kelahiran...

izzah azfar said...

terima kasih :)

doakan zah ye..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics