Friday, November 23, 2012

3rd pregnancy : bukaan rahim sudah 2cm.

Alhamdulillah, sedikit nikmat kelahiran sudah dirasai, selepas sibuk minggu ini dengan majlis anjuran pejabat..usai sahaja majlis zah ke ks wan n liow maternity centrr, regular chq up seminggu sekali...sakit pada hari khamis yang berpunca dari banyak berjalan bg memastikan majlis anjuran pejabat tersebut berjaya membuahkan hasil.

Setelah melalui VE kali pertama di minggu ke 39, baby adik sudah hampir ke penghujung...insyallah mengikut doktor zah akan bersalin bila-bila waktu sahaja dari sekarang, mungkin esok, mungkin lusa...apapun doakan yang baik-baik ya.

Perasaan masa buat VE tadi sangat berdebar, entahlah..berdebar untu mengetahui keadaan baby sebenarnya...VE yang dibuat tidak menyakitkan, mungkin sebab sudah set dlm fikiran yang semua ujian ini tidak menyakitkan. Banyak tips yang diberi oleh rakan-rakan bila zah up kan status di muka buku, terima kasih.

Proses kelahiran ini sebenarnya adalah sesuatu yg semulajadi, tidak perlu dilakukan tergesa-gesa...bukan semata-mata bersalin secara normal tetapi lebih kepada emosi ibu, emosi baby yang dilahirkan. Emosi ibu memainkan peranan, jika ibu stress baby akan rasainya...zah tak mahu itu terjadi..

Oh ye, zah masih menyusukan irdina saat ini, entahlah..semakin kuat kesakitan,semakin seronok rasa bila irdina menyusu..mungkin hormon cinta itu yang buat ibu yang sedang menunggu saat kelahiran ini rasa tenang..btw, jangan risau berapa banyak bukaan rahim anda...sebab zah ada kawan yg menunggu sehingga 2 minggu even dia dah 3 cm..usah stress,just enjoy ur last moment as preggy mom..makan, minum air...ketawa,banyakkan jalan...bercangkung...and gunakan tips pernafasan yg betul...insyallah...jika sakit sangat, gunakan kaedah seperti merangkak sambil bernafas,ia memang membantu zah...oh ye pelukan dari suami juga...belaian dia buat kita tenang,urutan di belakang juga membantu..insyallah...oh ye lagi satu...jangan risau dengan berat baby,sebab baby akan membesar ikut kekuatan badan ibunya..jangan tak tau,kawan zah ramai yg melahirkan sehingga 4-5 kg baby...besarkan?

Itu je...doakan zah..

Salam kasih,
Izzah

2 comments:

Marsha~ said...

Woaahhh... zah sgt kuat dan tenang.... sy baru 16 minggu.... semoga selamat zah.....

pizet said...

semoga dimudahkan kelahiran kak...moga selamat semuanya

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics