Monday, November 26, 2012

3rd Pregnancy : 39 Minggu 3 hari

Alhamdulillah, hari ini saya masih bekerja seperti biasa.

Perasaan?
Susah mahu digambarkan apabila kita menjadi pengira waktu, tidur yang tidak lena dan kesihatan emosi yang tidak stabil.

Namun, 
Sebagai hamba Allah...Zah kembali dekat padanya...kita manusia hanya merancang dan DIA juga yang menentukan segala perancangan itu..

Semasa Irdina dahulu, selepas disahkan bukaan rahim 1.5cm, seminggu kemudian 2 cm, keesokan harinya saya sudah mula ada tanda dan contraction yang membolehkan proses bersalin itu..Alhamdulillah, sakit hanya sebentar..Irdina lahir tepat jam 1.15 Tengah hari 5 Disember 2010 di minggu ke 39.

Tetapi,
Kali ini...lain pula caranya.
Benarlah kata orang.
Dari mengandung sehinggalah melahirkan untuk setiap anak itu punya cara yang berbeza.
Alhamdulillah, baby adik memang sudah berada di laluannya.
Cuma mungkin baby adik belum bersedia untuk keluar.
Takpe dik, bonda tunggu kamu dengan sabar.

Zah sempat menghadiri kelas Natural Birthing sabtu lepas.
Kelas singkat itu mengajar zah untuk lebih menyerahkan segalanya kepada Allah.
Kita sudah lakukan segalanya
Biarkan Allah sahaja yang menentukan bila Baby Adik mahu keluar.
Tambahan pula EDD adalah satu anggaran sahaja.

Tips-tips hebat seperti cara duduk, squatting (mencangkung), berbaring yang betul dan pernafasan yang betul juga dipelajari...Alhamdulillah, sedang mengamalkannya...Zah banyak buat cara yang natural untuk induce baby adik...hehehe tak paksapun, just mahu ia dipermudahkan sebagai satu persediaan...masih kerap menyusukan Irdina sebab itu juga salah satu cara dan bergembira dengan suami :p.

Nurse di Klinik Kesihatan juga memaklumkan bahawa, kalau ikut cara Zah ni, insyaAllah zah akan hadapi tempoh kelahiran yang singkat..harapnya begitula...mulai minggu hadapan, jika Zah belum bersalin...Zah akan dibenarkan untuk overdue sehingga 9 hari. Tapi, hari-hari kena ke KK untuk dengar degupan jantung baby adik.

Jumaat ni pula Zah ada temujanji di KS Wan and Liow Maternity Centre..huhuhu harapnya adalah progress...sebab badan dah sangat debab dan besar, kiranya kehamilan kali ini bukan 9 bulan 10 hari dah tetapi 10 bulan..subahanllah..allah maha besarkan?

Persediaan Pertama :
Fizikal untuk jadi ibu kepada 3 anak - 4 tahun, 2 tahun dan baby adik
Harapnya Zah kuat,kuat,kuat.

Persediaan Kedua :
Proses penyusuan susu ibu kali ketiga juga diharapkan Allah mudahkan kali ini, fizikal dan mental kena kuat untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Target saya adalah mudah 2 bulan pertama semasa dalam pantang :)

emm...itu sahaja, terima kasih atas doa-doa kalian yang sentiasa memohon kesejahteraan saya, sama ada rakan di facebook mahupun yang membaca blog ini.

Salam Kasih,
Izzah

6 comments:

Khadeejah Hasmad said...

Hugs :) Rabbi Yassir Wa La Tu'Assir, Wa Atmam Bil Khair

JaSSNaNi said...

harap2 semua nya selamat.. :) banyak2 berzikir ya.. semoga semuanya di permudahkan..

MyraQhairel said...

Allah memang maha besar kak...myra 1st pregnancy pon bersalin pabila kandungan 10bulan...org lain mengandung 9 bulan lebey jerr...myra lama plak baby nak dok dlm pewot tuh.. tpi alhamdulillah dia nak kuar gak pada hari terakhir tambahan 9 hari tuh..so 10 bulan ler myra preggy..heheh..

lienda said...

moga selamat yea....

noraherni said...

Akak pula yang berdebar... Tumpang teruja menantikan kelahiran baby Zah :D

Ummu Falah said...

Semoga dipermudahkan...insyaAllah.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics