Friday, November 02, 2012

36 Minggu dan contraction maha hebat.

Alhamdulillah, masih kuat pagi ini...Zah sebenarnya sudah alami mild contraction sejak bulan ke tujuh..jadinya Zah cuba kurangkan gaya hidup yang super aktif tu..huhu takut juga bersalin awal.

me @ 36 weeks - sempat jadi emcee masa signing ceremony di Hotel Traders
Namun semalam, sejak tengah hari..Zah dah rasa contraction yang lebih dari biasa..tp contraction tu datang dan pergi,masanya tak tetap..so just ignore je..sembang-sembang dengan budak office, bagi tenang diri...

Petang masa nak balik tu..memang dah rasa dah..tp bila pantau berapa minit contraction...rasa mcm tak tetap je..duduk lama dalam keretapun masih on off sakitnya...kekadang mengeluh sakit pada suami...tp suami biasalah..relaks je...huhuhu

Malam, masa nak makan malam kat luar...lagi kuat sakitnya, nak makanpun tak selesa...rasa something je...huhuhu siap pesan kat hubby mcm nak bersalin je ni..hubby kata ni dah bebetul ke memain...Zah risau juga, ada beberapa kerja tak siap lagi kat rumah...huhuhu...even memang berdoa bersalin awal...hehehe gara-gara nak g konvo pertengahan disember ni....

Pagi ni saya masih ketempat kerja...gara-gara mahu dekat dengan suami...so kalau ada apa-apa saya mudah ke hospital berbanding bersendirian di rumah..huhuhu punyala takut bersalin seorang diri...

Apapun, semoga kandungan kali ini dipermudahkan.


kain batik yang diterima dari jauh - Labuan
persediaan berpantang dengan kain batik baru :p

2 comments:

eMMe said...

Salam Kenal Zah, betul la, kain batik sgt2 diperlukan, ketika kite dlm pantang.. kene tambah lagi ni.. huhuhu....

~aYu~ said...

dah nak dkt la tu... jangan lasak sgt tau... moga dpermudahkan..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics