Thursday, October 25, 2012

Tips Membuat Susu Perahan Semasa Berpantang

Ramai yang tanya macamana Zah boleh kumpul stok yang banyak masa dalam pantang anak kedua - Kak Ngah pada disember 2010 - Februari 2011.
Alhamdulillah, deep frezer sebesar 250L penuh...

Sambil menyusukan Irdina, sambil tadah susu disebelah lagi..kerana LDR akan terjadi apabila salah satu cik B sedang bekerja (menyusukan).

Zah mula memerah pada hari ketiga selepas melahirkan.
Tujuan memerah pada ketika itu bukanlah kerana mahu membuat stok susu perahan semata-mata tetapi lebih kepada ransangan kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Irdina disahkan jaundice yang agak tinggi hampir sebulan lamanya, namun sebab Zah percaya kepada KEAJAIBAN susu ibu, Zah dan suami tetap kepada keputusan kami untuk meneruskan penyusuan. Jadinya dengan sedikit kerajinan...Zah dah boleh mendapatkan susu yang mencukupi untuk Irdina pada minggu-minggu awal kelahirannya lagi...


Orang selalu tanya macamana nak dapat susu yang banyak masa dalam pantang..
Mengikut pengalaman Zah sendiri, dalam pantang tak banyak manapun susu dapat masa zah memerah...so untuk menambahkan semangat masa dalam pantang tu..
Zah guna botol comel-comel...
jadinya masa perah tu nampak banyakla sikit hasilnya...heheheh
Susu Peralihan : Susu yang bertukar dari kolestrum kepada susu matang..masih berwarna kekuningan.
btw : bukan sebab makan vitamin ya..
Pada Zah, masa memerah dalam pantang, tak perlu fikir kuantiti tu...fikirkan kualitinya....berapa banyak kekerapan kita mengosongkan cik payudara tu...rajin perah, rajin susukan, otak akan automatik dapat signal untuk hasilkan lebih banyak susu...

Zah betul-betul konsisten memerah selepas sebulan berpantang, masa tu Zah dah berpantang rumah mak Zah...sanggup tumpangkan susu perahan dalam freezer kat kedai runcit dalam kampung..alhamdulillah...dari sikit menjadi bukit :p..

Susu dalam pantang : masa ni dah sebulan ++ dah menyusukan Irdina...

Apa yang Zah buat adalah...
Zah akan perah susu ikut jadual masa kat pejabat..
Semasa 6 bulan pertama Zah akan perah setiap 2 jam sekali, tapi masa pantang selalunya Zah akan susukan Irdina terlebih dahulu..Irdinapun selalu minum sebelah sahaja...dan dah puas dia nyusu baru zah perah..
Masa perahan dalam 15-20 minit...
jadualnya : 8.00 am, 10.00am, 12.00pm, 2.00 pm, 4.00 pm (waktu kerja)

malam Zah akan perah juga : 12.00am, 3.00am dan 6.00am. (kalau terjaga)

penat?satu kepuasan sebenarnya..tambah lagi bila tengok anak membesar dengan susu sendiri...alhamdulillah...nak menyusukan anak ni takla sesusah mana..cuma kena tambah sedikit kerajinan je...kalau penat tu, gunalah taktik menyusu yang menyelesakan...posisi berbaring misalnya...kira berpantang ni waktu honeymoon dengan baby semata-mata...sebab masa pantang je kita dapat bermanja dengan baby..masa dah kembali kerja or habis pantang kita akan ada benda lain nak tumpu macam kerja rumah, kerja pejabat, anak-anak lain ke....

Nurul Aqilah Irdina yang menyusu susu bonda hampir 23 bulan..
insyaAllah sikit je lagi perjalanan hendak sempurnakan haknya..
kesimpulannya : tak susah manapun nak buat susu perahan. tapi kena ingat. utamakan anak yang nak menyusu dulu, jangan utamakan waktu perahan tu...perahlah selepas anak menyusu..sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. usaha yang gigih akan ada pahala dan kesan besar kelak tau!

anak kerap menyusu? biasalah tu..dia nak besar..sabar sikit ehh..
anak suka ngempeng je...Zah sampai sekarang anak suka ngempeng...pun satu je nasihat zah..bertabahlah..tak lama kita rasa tanggungjawab ni...sehingga satu hari nanti kita akan rindukan every moment masa breastfeeding baby tu...
Tak caya?
rasai dulu dan anda akan faham.

Salam kasih sayang,
Ibu yang beranak 2+1

~ Izzah ~

2 comments:

Anonymous said...

Salam Zah...

Seronok baca entry ni... Oh sebelom terlupa, tahniah bakal menimang 3rd baby nanti.. Saya pun menyusukan anak. Anak pertama terkandas masa dia umur 5 bulan + .. Mungkin pengetahuan yg kurang or maybe nursing strikes or maybe juga growth spurt saya pun taktau. Tapi saya gagahkan juga utk menyusukan anak yg ke-2, dia baru je 3 bulan dan masih lg menyusu dari saya... Hanya dgn susu saya... Yup menyusu mmg perlukan tahap kerajinan yg super max tinggi tambah pula anak sulung baru berumur 1y 5m yg sgt2 memerlukan perhatian dan kasih sayang dari umminya. Kdg2 dgn tantrum dia yg betul2 menguji sy, sy cuba utk bersabar.. Sy sgt terharu dgn entry2 zah yg sy baca ni... Buatkan sy lg bersemangat utk meneruskan perjalanan penyusuan sy kpd anak yg ke-2. Sy pekakkan telinga bila ada suara2 yg suruh sy top up dgn FM sbb depa kata bila anak menyusu dan nampak tak selesa sbnrnya susu dah abis. Sy buat bodo je.. Tahniah pada zah sbb sgt cekal, dan pada masa yg sama mengandung dan menyusukan... Allahuakbar!

Wawa (nadwabelle@yahoo.com)

izzah azfar said...

terima kasih deaR :)

semoga kamu terus kuat ya!

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics