Tuesday, October 09, 2012

Rasa macam dah lama tak share pasal abang long dalam blog :)
Alhamdulillah, Muhammad Raziq Akmal dah besar sekarang.
Big boy yang baik dan masih manja.


Akmal jadi abang pada usia yang masih kecil, 
setahun 10 bulan kalau tak silap Zah..
but itu tidak membuatkan dia jadi kekurangan kasih sayang or tidak dipedulikan.
Jadi abang diusia awal buat Akmaljadi budak yang lebih mudah berdikari.


Akmal sangat seronok bila dia tahu yang dia nak dapat adik lagi.
Hari-hari dia akan duduk dan sembang dengan baby 'NQ'.
so far, Akmal tak pernah buat masalah dengan Aqilah..
insyaAllah,zah harap momentum akmal akan begini sehingga dewasa.

Akmal akan mula diperkenalkan dengan alam persekolahan tahun depan.
Zah dah jumpa dengan ustazah disekolah tersebut,
berbincang mengenai jadual waktu, perihal akmal yang dah potty train, makan masa sekolah,...
Zah n suami decide nak dia kenal alam sekolah awal...
yang kelakar, masuk ke PASTI tu je
rasa mcm nak ngalir air mata ni..
wah tak sangka anak nak masuk sekolah dah,,dah besar dah dia.

Ahad lepas akmal mengadu sakit perut..
angin rasanya..wah risau Zah..
emm Akmal dan Aqilah beza sikit bila sakit..
maybe sebab antibodi tak berapa kuat.
Alhamdulillah,lepas makan ubat hari isnin tu Akmal dah ok dah..


Akmal,memang cakap banyak...hehehe maybe sebab zah pun cakap banyak..so anak-anak ikut perangai mak dia...takpe2..janji jangan cakap ikut suka hati tak fikir dah ye Akmal...

apapun, bonda nak akmal tau..bonda sangat sayang akmal..
tak sabar nak melalui fasa seterusnya iaitu tidur sendiri kat bilik sendiri.
bila anak dah mula pandai berdikari ni
bonda pula yang rasa sedih..
huhuhu bonda kena terima hakikat anak-anak mula besar
dan bonda semakin tua :p

1 comment:

Rozy said...

Dah besaq dah abang akmal :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics