Monday, October 01, 2012

Persediaan memakai Cloth Diaper (CD) untuk newborn baby

Alhamdulillah, semalam adalah hari melipat CD sedunia :) - wangi je cium CD baru dan lama yang telah di prewash 5 kali selama seminggu...

Jika kelahiran anak kedua dulu Zah tidak berapa bersedia dengan CD for new born, kali ini dengan pengalaman yang lepas Zah tambahkan koleksi CD for new born pula..tak banyak sebab CD untuk new born ni tak pakai lama, bila baby menginjak ke usia 3-5 bulan berat dah bertambah.

Kebiasaanya CD untuk new born ni kecil comel je..ada CD yang Zah beli sebesar tapak tangan. 


 Asingkan CD-cover mengikut aturan membasuh

 Asingkan CD-insert mengikut aturan membasuh


Pre Wash : 
cuci + kering + cuci + kering + cuci + kering + cuci + kering + cuci + kering
tujuan?
untuk bagi serapan insert/boaster CD lebih kuat meresap air kencing bayi nanti.

The Collection Of New Born Cloth Diapers

~ Grovia Aplix ~

Yang ni CD dia boleh dilaraskan dari saiz S - L
dijual asing dengan soaker.
Zah pakai organic soaker 
Harga : RM 90 - RM95 untuk shell and soaker
grovia selalunya jual berasingan. 


~ Grovia NewBorn AIO - New Design ~
CD jenis ini pula memang dicipta untuk new born sebab cutting dia sebesar tapak tangan je...comel dan sedang elok untuk bayi yang baru lahir.
Berbeza dengan CD Grovia di atas yang memiliki sheel dan soaker yang berbeza, grovia newborn ni dia datang sekali.
Harga : RM 50.00 / pcs

~ Swaddlebees One Size Simplex ~
Yang ni CD dia boleh dilaraskan dari saiz S - L
Cd yang jenis All in One Diaper..
mean insert dia lekat sekali dengan kulit luar.
Harga : RM 75++



~Bee Diapers , Baby Wizard, Weegro dan Coolababy~


~Happy Bum pun CD yang sebesar tapak tangan~

yang selebihnya adalah CD yang telah digunakan oleh Aqilah Irdina masa dia comel kecil baru lahir dulu...jenama rainbow 


Alhamdulillah dan insyaAllah.
Jika diizinkanNYA,
baby adik lahir nanti akan jadi baby green.
Zah langsung tak beli lagi pampers pakai buang ni...
sebabnya masa Irdina dulupun beli 2 pek
dan kesudahannya bagi kat orang
sebab Irdina mula pakai pada hari ke 6 dia lahir.


Tips memakai Cloth Diaper ke rumah pengasuh :
  1. Beritahu pengasuh yang anak memakai CD. Iaitu CD ini sama sahaja dengan pampers biasa..tiada apa yang akan menyusahkan pengasuh. Cuma yang membezakan adalah, CD boleh dicuci semula, pampers pula akan bg sampah di rumah pengasuh bertambah :p.
  2. Anggarkan bahawa bayi perlu ditukar setiap 2-3 jam sekali, bagi memastikan kulitnya terhindar daripada kuman dan bayi selesa. Jadi bekalkan pengasuh dengan CD yang mencukupi. Contoh : keluar bekerja jam 7.00 pagi - 7.00 petang maka bayi perlu dibekalkan dengan 5-6 keping CD.
  3. Tidak perlu minta pengasuh basuh CD tersebut. Waima jika bayi membuang najis sekalipun. Pengasuh hanya perlu masukkan kembali ke dalam wet beg atau beg kitar semula (woven beg) dan kita sebagai ibu yang akan membasuhnya di rumah kelak. Tujuan ini adalah untuk tidak membebankan pengasuh dengan kerja lain (dah jaga anak kitapun cukup).
  4. Kebaikan cuci CD sendiri adalh kita akan tahu bayi kita minum susu yang cukup atau tau (najis berwarna hijau misalnya bayi hanya minum susu awal (formilk). Makan yang bayi makan sepanjang ditinggalkan juga dapat dikenal pasti bila najis tersebut kita basuh sendiri.
  5. Cara basuh CD boleh klik di link berikut : susah-ke-nak-handle-cloth-diapers-ni.


Ok itu je...dah masuk 32 weeks, lapan bulan dah baby adik dalam perut...
tak lama dah pun :p

Salam kasih,
Izzah


3 comments:

emaa anastasia said...

salam kak,
nak tanya klu bby dah 9 bln bleh pakai lagi ker

izzah azfar said...

emaa : akak mula pakai cd untuk anak 1st lebih kurang umur tu juga.

pilih cutting yang besar..mcm cd coola baby,qq baby..untuk yang murah2..untuk cd dalam entry ni cutti kecik sesuai untuk baby baru lahir.

emaa anastasia said...

thanks for your infomation kak..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics