Tuesday, October 02, 2012

Penyusuan Susu Ibu : Sudah 22 Bulan

Semalam masa balik dari kerja, ambil anak-anak dari pengasuh Irdina anak kedua Zah masih tidur, penat sangat agaknya...Masuk kereta, dia terjaga...dalam mamai mengantuk tu, sempat usap perut bonda dan berkata...

Irdina : Baby...baby, Qilah nak susu mama dulu ya..nanti kita kongsi tau..

Zah sebagai ibu memang terharu..Allahuakbar rupanya sudah menghampiri 22 bulan menyusukan anak secara terus....lately, Irdina tambah sedap menyusu, mungkin susu yang ada sudah bertambah dan kelikatan kolestrum itu membuatkan Irdina rasa sihat. Irdina bila dijangkiti selsema tidak suka menyusu dengan menggunakan botol, nampak sangat perbezaannya. Maka dia akan banyak melekap dengan mama dia ni :)

Alhamdulillah, mungkin nawaitu sejak disahkan mengandung kali kedua dan keazaman yang memang disimpan rapi di dalam lubuk hati buat Zah kuat hingga akhir ini. Tipu jika tiada air mata, terutama bila disahkan mengandung kali ketiga awal april lalu..namun, kerana Irdina yang memiliki keinginan kuat untuk menyusu dengan bondanya...alhamdulillah, sudah 8 bulan juga penyusuan semasa hamil diteruskan.

Mungkin, persediaan susu perahan yang banyak membuatkan Zah lebih stabil semasa disahkan mengandung. InsyaAllah, untuk perjalanan penyusuan kali ketiga yang mungkin akan bermula 5-8 minggu ini Zah tetap dengan pendirian mahu menyusukan anak ketiga ini.
Tiada rahsia susu banyak, Zah sering ditanya apakah yang Zah makan, apakah rahsia...Pada Zah, yang penting penyusuan susu ibu itu dimulakan sejak awal. Buang jauh-jauh aura negatif seperti susu sedikit, susu tak berkhasiat jika tak ambil vitamin ini dan lain-lain. Zah sering pegang kepada satu kepercayaan bahawa Allah tidak akan mencipta sesuatu itu untuk memudaratkan umat-Nya. begitu juga dengan susu ibu.

Jika susu berkurang, lihat kembali pengosongan payudara / kekerapan kita menyusukan anak, kesihatan ibu, makanan yang ibu ambil, rehat ibu...konsisten yakni istiqamah didalam sesuatu pekerjaan pasti akan membuahkan hasil.



Menyusukan anak ini sebenarnya satu tugas seorang ibu yang perlukan jiwa, keyakinan, kekuatan, ketelusan dan kemahuan yang tinggi. Ibu yang berusaha untuk memberikan anaknya susu ibu bukanlah bermakna mereka obses ataupun sanggup melihat anak itu berlapar. Tetapi di dalam menghadapi saat-saat sukar, ibu perlu mendapatkan panduan daripada kaunselor laktasi/pakar laktasi/doktor laktasi. Usah anggap susu yang berkurang itu satu penyakit, buatkan si ibu mencari penawar kepada penyakit. Iaitu mahukan ubat SEGERA. InsyaAllah dengan sedikit usaha seperti menambah masa memerah, mencuri sedikit waktu tidur, membuang jauh-jauh rasa stress, makan makanan yang sihat, bercuti mungkin..akan buat susu yang berkurang itu stabil.

Namun, jika semua usaha itu sudah dirasakan tidak berjaya untuk diatasi. Redha dan carilah peluang kedua, seperti ibu susuan dan makanan pejal...namun itu semua ditangan ibu. Zah selalu berikan tips pada ibu yang mengalami masalah ini dan minta mereka hubungi Zah kembali selepas seminggu untuk melihat hasilnya. Sekiranya perlu barulah Zah rujukkan kes mereka ke peringkat lebih tinggi seperti pakar laktasi atau doktor laktasi.


Kalian, doakan Zah untuk harungi lagi 2 bulan penyusuan ini bersama Irdina..insyaAllah cukuplah hak anak ini apabila dia berusia 2 tahun pada 5 Disember 2012. Namun selepas itu, Zah sendiri tidak berani mahu menjangkakan apakah yang akan Zah lakukan..tiada niat mahu bercerai susu. Sebab memisahkan sesuatu yang digemari adalah sukar bukan...biarlah ia dilakukan semulajadi tanpa paksaan. Sesungguhnya penyusuan susu ibu ini bukan kerana susu semata-mata tetapi lebih kepada ikatan antara ibu dan anak yang sukar digambarkan.

Salam Kasih,
Izzah

2 comments:

alyyani said...

semoga dipermudahkan zah. akak tak sekuat zah. tapi baca cerita2 zah mmg memberikan insprirasi. kakak irdina comel!

izzah azfar said...

terima kasih kak alyani :)

semoga lekas sembuh ya!

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics