Tuesday, October 16, 2012

Penyusuan Susu Ibu : Pump mana yang best?

"saya ada beli pam ni, and TERSANGAT LA KECEWA dengan prestasi pam ni. Kerap sangat rosak, and paling kerap, suction dia tak rasa. Hantar pegi servis, baik la kejap, dalam 2 minggu, lepas tu start balik problem yang sama. Sampai fedup dah nak hantar. My advice, sesape yang nak beli breastpum, JANGAN LA BELI PAM ni. FRUST hoi. Membazir duit je RM500, dapat pam yang TAK BOLEH PAKAI. Even send balik untuk servis pun, SERUPA SAJA. Buat sakit hati je.."


***********************************************************************

Bagi ibu yang bekerjaya, kemahuan untuk menyusukan anak adalah sesuatu yang bukan mustahil. Dengan pelbagai gadjet penyusuan yang ada di pasaran...penyusuan susu ibu dapat dipermudahkan sebenarnya...salah satu keperluan untuk meneruskan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja adalah pump payudara/breastpump.

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis pump payudara/breastpump yang boleh buat kita rambang mata...ada yang comel, ada yang bulky, berat nak usung ke sana ke mari, ada yang ringan, ada yang warnanya menawan hati dan ada pelbagai pilihan dari segi harga, warranty dan jenama.

Komen di atas Zah terima daripada seorang ibu yang telah membeli pump payudara jenama "M"...kekecewaan beliau sangat ketara tambahan lagi selepas diservis, performance pump tersebut semakin bertambah teruk.

Kalian,

Sebenarnya, penyusuan susu ibu sudah menjadi trend sekarang, dan banyak syarikat yang mula mengeluarkan produk yang BOLEH dijual pada anggapan mereka. Namun tidak semua produk tersebut bagus dan sesuai digunakan...Zah mengulas bukan sebab Zah juga menjual beberapa jenis pump payudara, tetapi Zah mengulas kerana Zah seorang ibu :)..

Disini Zah berikan beberapa tips untuk memilih pump payudara untuk panduan para ibu :-

  1. Lihat persekitaran kerja - jika anda jenis duduk dipejabat dan tidak terlalu banyak out station, pump paydara yang menggunakan elektrik sahaja sudah mencukupi. Namun, jika anda memilih untuk menggunakan pump manual, pastikan pump tersebut bergred hospital dan memudahkan tugas anda memerah tanpa mengganggu waktu kerja.
  2. Pump Elektrik Berganda - pump elektrik berganda bermakna kita boleh memerah kedua-dua belah paydara secara serentak. Masa yang di ambil juga lebih singkat dan tidak akan mengganggu kerja. Anggaran masa memerah 15-20 minit.
  3. Tahan Lasak - Zah suka menggunakan pump yang tahan lasak dan boleh digunakan dengan kerap, bukan pakai kerap sahaja dah minta diservis. 
  4. Mempunyai warranty - sekiranya anda beli pump payudara, pilihlah yang memiliki warranty dan juga mudah dicari alat gantinya. Jangan nanti bila sampai waktu untuk servis, pump tersebut tidak boleh diservis.
  5. Pastikan pump tersebut sudah lama dipasaran dan sudah ramai yang menggunakannya. Mean ada review dari pengguna, elakkan dari beli pump yang masih baru di pasaran. Dikhuatiri kita akan hadapi masalah lain kelak.
  6. Harga pula adalah terpulang kepada poket anda, ada pump yang boleh dibeli dengan harga sekitar RM300 ke atas...dan sudah boleh memudahkan proses memerah di pejabat.

Menggunakan Pump Payudara Jenama Medela : Medela Freestyle (FS)
 since 2008 - 2009 - 2010 - 2011 - 2012
Salam kasih,
Izzah

6 comments:

~aYu~ said...

izzah, ayu guna spectra 3 pastu tukar avent manual.. rindu lak zaman mengepam tu..

zehan said...

sis, bgtau la brand apa? takut nanti terbeli pulak...

izzah azfar said...

ayu - zah pun rindu nak memerah semula ni..hahhaa insyallah november ni lehla kot...

izzah azfar said...

zehan - email akak izzahazfar@gmail.com dan akak akan bgtau jenama apa

Anonymous said...

Zah...

Sy tahu jenama apa... Sbb sy pun terkena... Pump M yg sy hantar servis tu ditukar baru dgn pump M juga dan pump baru tu pun buat hal yg sama... Skang sy cuma guna manual avent dan sgt gigih utk pump buat cik puteri tercinta... Agak2 bole tak report kpd persatuan pengguna?

Wawa (nadwabelle@yahoo.com)

izzah azfar said...

wawa : cubalah untuk report..
mana tahu kita boleh dapat ganti :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics