Tuesday, October 02, 2012

Pendapat Saya : Berpantang susah ke?


Zah dah dua kali melalui pengalaman berpantang. Pada Zah, ok je berpantang ni..takdelah rasa rimas ke boring sangat ke...dan masa berpantanglah Zah rasa Zah boleh rest dari buat kerja berat-berat, terutama kerja rumah.

Ibu Zah selalu kata, badan nak pakai lama. Cantik kat luar tapi kat dalam tak best susah jugakan?So, since anak sulung even pantang tak lah nak ketat bagai, Zah masih jaga juga beberapa benda penting seperti memakai stokin, berurut, bertungku, pakai bengkung, makan jamu,mandi rempah...

Kalau nak kira umur, Zah ni dapat anak sulung masa umur 26 Tahun, Alhamdulillah, berpantang dari air sejuk, mandi air hangat/rempah/bertungku, berbengkuk dan makan jamu cukup 44 hari. Tapi Zah sambung sampai 100 hari untuk beberapa amalan...hehehe..nak bagi baik betul-betul luka jahitan episiotomi.. 

Then bila lahir anak kedua Zah dah 27 tahun ++, pun masih amalkan gaya berpantang yang sama. Cuma bab keluar rumah je ada langgar sikit. Langgarpun sebab ke klinik dan ambil exam je...yang lain Zah memang akur..

Bab makan, orang selalu kata boringnya makan dalam pantang..for me, makan dalam pantang memang betul-betul bagi kita sihat. Maklumlah kurang minyak, kurang lemak, garam bagai...tambahan pula bila menyusukan anak, makanan kena jaga...so, takde point bila orang kata berpantang adalah waktu paling tak best dalam hidup :p.

Zah quote amalan berpantang Ibu Halimah - Jamu Mak Dara : http://www.jamumakdara.com/tips_berpantang_cara_ibu_halimah.html

Mandi dengan air rebusan pelbagai jenis daun. Antaranya daun senduduk, serai wangi, daun pisang kela, daun jambu batu, tanduk rus. Air rebusan ini akan dicampurkan dengan air suam, kemudian dijadikan air mandian setiap pagi dan petang sehingga habis tempoh berpantang


( Komen Izzah : Mandi dengan air rebusan daun-daun ni memang best, rasa wangi sahaja...kekadang tu Zah campurkan juga dengan herba yang dibeli kat kedai sensei...tak tau herba apa sebab mak mertua yang belikan..yang pasti mandi guna air rebusan ni buat badan segar je...Zah akan start mandi lepas balik dari hospital, sampaila habis pantang )

Selepas tiga hari seluruh tubuh diurut untuk meransangkan urat saraf yang tegang semasa proses bersalin dan tukang urut akan melakukan 'sengkak' (menaikkan peranakan).

( Komen Izzah : selalu Zah start urut hari ke 4-5..masa tu luka jahitan dah baik..insyaAllah kalau umur panjang, pantang kali ini akan gunakan tukang urut/bidan yang sama...makcik tu urut memang selesa dan takla sakit sangat, yang penting tak buat badan Zah geli..hehehe Zah ada pengalaman guna tukang urut yang bagi turun 'benda' masa anak 1st dulu...sejak tu tak berani nak guna tukang urut yang tak dikenali... )

Selepas tujuh hari, mulakan berbengkung panjang(sekurang-kurangnya 10 meter kain) dibelit ketat dari bawah paha hingga bahagian atas pinggang. Tujuannya untuk membentukkan semula pastur tubuh kepada bentuk asal.

( Komen Izzah : zah punya bengkung takdelah panjang sampai 10 meter, tapi badan memang puas bila pakai bengkung tradisional berbanding guna bengkung moden, rasa lemak-lemak tu mudah je tersingkir :p, masa anak 2nd tak dan sangat nak berbengkung sebab banyak kuar amik exam, so kali ini insyaAllah takde halangan dah kot)

Sebelum berbengkung, perut akan dibarut dan tubuh akan disapukan dengan bedak panas. Tujuan barut untuk memencahkan lemak dan bedak panas menghalangkan tubuh dari dimasuki angin.

( Komen Izzah : ada pengalaman kelakar juga, pakai Leesa Formula punya krim sebelum pakai bengkung,...wah macam kena cili padi je badan..giler panas..so lepas tu tak letak dah krim tu..letak minyak halia je..kali ni nak cuba letak Nona Roguy punya produk..sebab dah ada dalam set berpantang yang dibeli.)

Begitu juga dengan pilis dan paran tujuan tampalan ini untuk menjauhi angin dan mengelakkan pening kepala.
Bertangas dan bersalai, tujuannya mengecutkan organ peranakan dan rahim serta memecahkan lemak
Minum jamu, makjun dan air akar kayu. Ini adalah wajib sepanjang tempoh berpantang. Tujuannya untuk memulihkan semula semua luka dalaman

( Komen Izzah : masa pantang anak kedua, maybe sebab baca buku sangat dan mengadap PC untuk study, kepala Zah memang sakit giler..pakai param moden dari Leesa Formula hilang jugalah sakit kepala tu..takde pengalaman bertangas, tp memang bertungku pagi dan maghrib..makan jamu sikit-sikit..)

Makan hanya tiga kepal nasi panas-panas sahaja. Tidak boleh tambah atau makan bersulam air. Tujuannya mengelakkan air mengembangkan rahim dan organ peranakanan

( Komen Izzah : ada juga mak zah bgtau kalau nak makan nasi tu tak boleh bertambah,so selalu boh nasi ikut rasa nak makan siap2, then tak bertambahla makannya..Air takde halangan,minum banyak sebab menyusukan baby dan makanpun makan banyak sbb lemak cepat terhakis bila BF baby ni.. )

Petua
Jangan meneran semasa buang air besar, hendaklah duduk tertimpuh ( duduk dengan kaki berlipar sepert duduk antara dua sujud dan mengiring sedikit). Biarkan najis keluar secara semulajadi, dibimbangi rahim akan jatuh kerana ia masih belum kuat.

( Komen Izzah : tips yang bagus,zah memang cukup jaga bab ni..hahaha takut luka jahitan tertetas, pastu bernanah lak,kena jangkitan kuman..oh sakitnya.... )


Kalian bagaimana?ada tips?

InsyaAllah Zah akan berpantang dengan set Nona Roguy kali ni.




No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics