Tuesday, October 16, 2012

Menyusukan anak semasa hamil

Alhamdulillah, Allah izinkan Zah menulis lagi hari ini..
dari minggu lepas ada dua - tiga email Zah terima mengenai penyusuan semasa hamil...boleh atau tidak, effect bayi ke tidak..dll..

me @ 34 weeks pregnant
Sejujurnya, keputusan untuk menyusukan anak semasa mengandung adalah pilihan ibu itu sendiri...bagi diri Zah, disahkan hamil ketika Irdina berusia setahun 3 bulan dan masih kuat menyusu membuatkan Zah sendiri gusar sebenarnya...
Namun Alhamdulillah, dengan sedikit pembacaan...serta berbekalkan sedikit tips dari beberapa teman yang pernah menghadapi situasi ini..Zah cekalkan hati untuk menyusukan Irdina.

Alhamdulillah, sepanjang mengandung Irdina tidak terlalu bergantung dengan susu perahan..tambahan pula di rumah pengasuh Irdina sudah mula makan banyak dari minum susu perahan (EBM) yang dibekalkan setiap hari.

Me with my princess : Nurul Aqilah Irdina
Irdina will be 23 months this November
 Ketika usia kandungan Zah 2 bulan, Zah pernah rasai mild contraction iaitu kejang diperut ketika memerah di pejabat menggunakan pump FS dan terasa nak pitam serta sakit kepala...atas nasihat beberapa orang kawan Zah terpaksa berhenti memerah. Suami juga minta Zah rehat dan berhentikan penyusuan..memandangkan Zah pernah ada sejarah kontraksi pra matang semasa mengandung anak sulung dahulu....

Berhenti memerah ketika susu masih banyak adalah sesuatu yang sukar sebenarnya, apa yang Zah buat adalah Zah hanya banyakkan direct feeding dengan Irdina, alhamdulillah..tiada kejadian tidak diingini sepanjang kehamilan ini.


Irdina yang kurang sihat minggu lepas, banyak menyusu dengan bonda sahaja..bagi botol comfirm dia campak jauh-jauh or langsung tak minta susu...alhamdulillah, Irdina beransur pulih dengan sedikit kolestrum yang ada pada bondanya :)

Ada juga yang bertanya bagaimana Zah masih boleh menyusukan dan maintain susu even preggy...Zah sendiri tak tahu kuantiti susu yang Zah ada sepanjang menyusukan Irdina,...masa awal-awal mengandung, Zah lihat Irdina ok sahaja menyusu..lampinnya masih basah seperti biasa..then sebab hormon mengandung dah mula berubah,kawasan tempat Irdina menyusu - aerola itu mula terasa juga kesakitan,sudah mula sensitif...makanya Zah hanya menyusukan Irdina semasa dia mahu sahaja..tidak seperti kebiasaan Zah yang tawarkan susu kepada Irdina..
Selalunya jika hari cuti...Irdina banyak menyusu masa nak tidur sahaja..untuk waktu-waktu lain Zah akan pastikan Irdina makan..makan...dan makan...selain itu, Zah juga mula ajar Irdina menyusu susu perahan menggunakan botol semasa berada dirumah...jadi, bila Irdina rasa tak puas menyusu dengan Zah..susu perahan dah ready untuk dia...

Menyusu anak dengan perut memboyot sebenarnya tidak mudah. Tapi dengan posisi yang selesa..insyaAllah tidak mustahil.

Kalian,

Menyusukan anak tak kira sedang hamil ataupun tidak...sebenarnya ibu perlu kuat dan kuat...sakit itu kadangkala ada jua terutama bila anak mula tumbuh gigi,gatal gusi,dia akan menggigit...Irdina dan Zah pun sama...tapi sebab tambah vitamin SABAR dan TABAH...menyusukan anak adalah sesuatu yang tidak mustahil..insyaAllah...

Jika sedang hamil, jagalah pemakanan...Zah sendiri mengalami masalah HB rendah semasa awal kandungan sehinggalah bulan ke 7...dari awal kandungan lagi asyik kena refer doktor....mula-mula risau juga adakah sebab menyusukan Irdina...tapi sebenarnya sebab makanan yang diambil. Akhirnya,selepas Zah tukar cara pemakanan Zah, makan banyak benda yang merah2...macam daging,ayam dan ikan..variasikan pemakanan seharian,kurangkan kafien (tea) dan tak tinggalkan vitamin IBERET, HB zah dah kembali cantik bacaannya...Alhamdulillah...

Cadangan Zah adalah :-

Ajar anak makan semenjak dia berumur 6 bulan, supaya proses wean off itu lebih mudah dan tidak tertumpu kepada susu ibu/susu lain sahaja...kita sudah terbiasa dengan momokan bahawa susu itu sangat diperlukan sampai dewasa sedangkan makanan juga punca kepada sumber-sumber yang sihat...

Zah berkata berdasarkan apa yang Zah buat antara anak sulung Zah Akmal dan Aqilah. Akmal yang berumur 3 tahun 8 bulan lebih banyak susu dari Aqilah. Tapi bila bab makan, Aqilah lebih banyak makan dari susu. Cakap dengan pengasuh bahawa anak anda perlu makan...masakkan makanan berkhasiat, bekalkan dengan buah-buahan..insyaAllah bila waktunya..perjalanan penyusuan itu akan jadi mudah.

InsyaAllah..tinggal beberapa minggu sahaja lagi Zah akan menerima bayi baru. Memang berdebar, tambahan Irdina sendiri masih SETIA dengan susu bonda..nampak gaya,bulan hadapan Zah akan mulakan episod TANDEM NURSING pula...semoga dipermudahkan juga kali ini.

Kalian,
Akhir kata..usah risau,percaya pada Allah...mohon dan doa banyak-banyak...insyaAllah DIA akan sentiasa ada dekat dengan kita.

Salam Kasih,
Izzah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics