Friday, October 05, 2012

Menjadi seorang yang tabah

Sebenarnya lately, Zah selalu sangat menangis..maybe sebab banyak sangat dapat berita kurang enak dari kawan-kawan mengenai pelbagai perkara...Terasa sangat menginsafkan diri yang sedang mengandung 32 minggu ni.

Zah akui, sekarang rasa badan dah tak kuat, lemah dan kadang-kadang jiwa dan emosi tak stabil..maybe sebab hormon dihujung kehamilan ni dah macam-macam..tapi bila tengok orang lain yang ditimpa musibah, buat Zah perlu tanam rasa bersyukur dalam diri yang mana kesusahan yang Zah alami ini hanya sementara dan bakal berakhir insyaAllah selepas anak ketiga kami suami isteri ini dilahirkan.

Menerima berita gembira daripada pengasuh anak-anak yang dia bakal menimang cahayamata adalah sesuatu yang sangat seronok kepada Zah dan suami. Alhamdulillah, selepas hampir 6 tahun berkahwin, mereka bakal menimang cahaya mata..macam-macam zah pesan pada pengasuh, minta jangan dukung anak-anak, jangan bagi manja sangat..cukuplah tengok-tengokkan mereka, beri makan seadanya...alhamdulillah anak-anakpun bukan jenis budak-budak yang cengeng dan menyusahkan..pengasuh kata tiada masalah menjaga mereka...Zah sendiri sudah impikan punya anak susuan, kerana jika ikut jangkaan, bayi tersebut akan lahir ketika anak ketiga kami berusia 4 bulan..Namun, kuasa Allah itu lebih dari perancangan manusia...Zah sendiri menangis bersama beliau di hospital, menemani suaminya semasa proses kemasukan, dan suaminya sendiri bertanya kepada Zah dan suami proses yang sepatutnya dilakukan...kini hampir seminggu pengasuh anak-anak berpantang, Zah minta dia usah menangis kerana dia masih muda dan berusaha lagi selepas ini.

Tidak lama kemudian, Zah dikejutkan dengan berita dari suami iaitu salah seorang teman di pejabatnya terkena penyakit strok, walhal kami baru sahaja berjumpa semasa hujung minggu ketika makan malam jabatan suami..Perancangan Allah itu, kita tidak lihat..sekelip mata sahaja boleh terjadi...mengalir juga air mata Zah bila melawa ke hospital melihat teman suami yang tidak mampu berkata-kata. Isterinya juga ada menyatakan bahawa suaminya tidak mengenali diri sendiri dan kawan-kawan...Allah, Zah doakan beliau sembuh..

Semalam Zah baca coretan seorang ibu yang tekad menyusukan anaknya bukan atas kehendak sendiri, tetapi atas kehendak Arwah suaminya. Menangis sepanjang perjalanan balik, buat suami Zah sendiri risau...tabahnya ibu itu..kehilangan suami dikala muda dan dugaan membesarkan anak sendiri adalah sesuatu yang Zah tak pasti Zah kuat atau tidak untuk hadapinya...coretan beliau memang menjadi satu sumber inspirasi kepada setiap ibu yang membacanya.

Petang ini, Zah juga membaca coretan seorang teman rapat. Zah mula kenalinya semasa sama-sama melaporkan diri dengan perkhidmatan awam. Sama-sama sarat mengandungkan anak sulung, lahirkan anak dengan tarikh yang lebih kurang sahaja. Kemudian, mengandung sama-sama semasa anak kedua, cuma rezeki Zah awal sedikit sebab kali ini sudah mengandung anak ketiga. Jika diikutkan beliau juga bakal menerima cahayamata ketiga yang diberi nama Iman. Tetapi, Allah lebih tahu aturannya...beliau juga mengkhabarkan kehilangan...Farah, if u read this entry...akak doakan kamu tabah ya :)

Sejujurnya, kesemua cerita ini adalah sesuatu yang membuatkan Zah jadi ibu yang kuat, teringat kata-kata suami semasa memujuk Zah yang menangis. Jodoh, pertemuan, maut itu semua Allah yang aturkan. Jadilah manusia yang bermanfaat pada orang lain, meninggalkan tanpa membebankan orang lain...oh tuhan, Zah menangis lagi ketika itu.

Apapun, Zah bersyukur punya dua anak-anak yang comel..dan pintar...insyaAllah bakal menerima anak ketiga 5-8 minggu dari sekarang. Zah berdoa Zah kuat untuk anak-anak, mampu jadi isteri yang menggembirakan suami...

Along dan angah dua jiwa saya yang membuatkan hidup kami suami isteri sentiasa ceria

Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

~farah~ said...

awwwww! thanks. ok dah now :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics