Monday, October 15, 2012

Anak dan suami sakit, kenalah kuat sentiasa...

Seminggu yang lepas,
Raziq Akmal - Abang Long mengadu sakit perut...
tapi dia tak cirit or muntah...
so,zah sapu ubat panas je..suruh dia tidur..
ingat angin biasa...
then tengah hari masakkan sup untuk budak-budak
tak sampai setengah jam
Abang Long Akmal dah muntah..
still mengadu sakit perut,
Zah bagi ubat paracetamol - untuk kurangkan sakit perut.
then bincang ngan husband untuk bawa akmal ke hospital
sebab akmal sampai jam 5.00 petang masih mengadu sakit perut.
bila jumpa doktor, akmal rupanya tekak dia dah merah
start nak demam..petang tu badan dia dah 38.5c.
dapat ubat tahan muntah, antibiotik dan paracetamol
makan 2 kali dia dah beransur pulih.
lega.

Pastu, Zah kena g kursus 3 hari 2 malam..
minta pengasuh dan suami tengok-tengokkan anak-anak
Akmal pun dah ok dah masa hari isnin nak g kursus tu.
tapi hari selasa pagi, suami call kata Aqilah pula muntah-muntah.
husband kata dia boleh lg jaga Aqilah, bawa Aqilah ke Klinik Kesihatan
hanya dapat air garam,sebab Irdina tak demam or cirit birit.
so, zah teruskan berkursus...


tapi hari rabu Zah balik tu,
Irdina masih aktif cuma pengasuh kata dia cirit birit pula sejak tengah hari
tak nak makan, petang tu Zah bawa dia ke Klinik jumpa Dr. Pakar kanak-kanak
sebab Irdina aktif dan masih boleh main dia dapat beberapa ubat
Dr. kata sekarang ni musim anak-anak dijangkiti virus...air tak berapa elok..
Sedih sangat bila tengok Irdina ni sakit
sebabnya..bila dia muntah dah muntah macam air terjun
cirit pun kuar air je..susu botol memang dia taknak la
Zah top upkan vitagen dan buah-buahan kat dia..
malam tu Irdina tidur dengan besen kat sebelah..
diapun tau kalau nak muntah terus muntah kat dalam besen
dan the best ubat untuk irdina semasa sakit
ialah susu bonda,pelukan bonda dan kasih sayang bonda.
kiranya start rabu tu..irdina hanya menyusu direct ngan zah je..
takmau dah susu botol..
memang bertabahlah zah janji irdina sihat.

 lepas anak-anak sakit,
suami pula yang sakit...dari sakit tengkuk, husband mengadu sakit kepala sampai nak pitam...then dia mula sakit perut..sebu,tak lalu makan,tak lapar even hanya milo je yang masuk dalam perut..
Alhamdulillah, ahad lepas dia dah ok...risau juga..
maklumlah dalam zah yang tengah sarat ni
husband sakit mcm patah kaki jadinya..
oh ni gambar kat hospital masa melawat mak mertua yang kemalangan sabtu lepas.
kira minggu lepas adalah minggu sakit anak beranaklah..

syukur...alhamdulillah...anak-anak dah ok,
seronok tengok mereka laju je suap nasi nak makan..
bila anak-anak sakit serentak
memang terasa jugalah..
lupa diri yang mengandung dan tengah sarat..
tapi semalam sebelum tidur hubby offer nak urut kaki
terus tak tolak.


alhamdulillah, Allah bagi saya rahmat sepanjang minggu
dalam keadaan yang tengah sarat
bila anak-anak sakit
suami sakit
memang menduga betul
nasib sakit anak-anak ni tak lama
lepas bagi ubat, jaga makan minum depa sat
alhamdulillah Allah bagi depa sihat balik.

1 comment:

Fara Fadzil said...

Supermom!!InsyaAllah Tuhan pasti memberi ganjaran setimpal dengan pengorbanan yg kita lakukan sbg isteri dan ibu..
Sy pun kdg2 tewas jugak..tp alhamdulillah supplemen byk membantu..mgkin awak pun boleh cuba utk kekalkan kesihatan kita..

www.naturally-vitamin.blogspot.com

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics