Thursday, October 04, 2012

3rd Pregnancy : Persediaan Penyusuan kali ini

Kalau Zah katakan debaran untuk melahirkan anak semakin terasa sekarang ni, tambahan pula dah terasa sangat yang baby adik cukup kuat dalam perut tu..rasa bila dia gerak,angkat punggung...fuh perut akan rasa cekang sehingga buat rasa nak shi shi je...huhuhu...Kekadang rasa juga tekanan bila menyusukan Aqilah tu..selalunya bila tak tahan sangat, Zah akan mengadu pada Aqilah...alhamdulillah...Aqilah ok je...risau juga dengan brixton hicks ni....kerap juga terjadi...

Bila debaran tu makin terasa mulalah panik...baca macam-macam pasal breastfeeding. Ya, even Zah dah biasa dengan dunia penyusuan...walau sepakar manapun orang itu, dia tetap seorang ibukan? So perlu persediaan fizikal dan mental juga nak menyusukan anak ketiga ni.

Breastfeeding Plan dah print out...sabtu ni nak bagi kat doktor...selalu bercakap je...kali ni Zah nak buat bagi nampak elok dan official sikit..at least dalam labor room mereka tak tanya nak feed baby dengan susu apa :) - boleh klik link ni untuk BF Plan ya..

Alhamdulillah, semua gadjet yang membantu penyusuan masih boleh digunakan lagi.Cuma Zah perlu gantikan beberapa part sahaja...

Breastpump Medela Free Style masih comel dan boleh digunakan lagi..
cuma Zah perlu gantikan breast shield dan spare kit baru...and dah ada dah pun.



Spectra 3 pun sama, masih elok dan boleh berkhidmat insyaAllah.
Zah memang akan spare pump in case terlupa bawa salah satu part ke office.
So, satu BP akan simpan kat office, satu BP akan simpan kat rumah.
untuk Spectra 3, Zah cuma perlu gantikan Breast Shiled yang baru je..pun dah beli

Selain itu, Zah juga gunakan semula storage bottle yang ada sebelum ni...memang banyak..dan jangka hayat digunakanpun tak lama..masih elok lagi untuk diguna semula...cuma Zah tambah beberapa set je..sebagai pemangkin untuk rajin buat stok masa dalam pantang nanti :p

tak pernah guna bottle ni nanti zah bagi review ya!
saje test beli sebab harga tak mahal.

Zah memang pengguna setia bumble bee :)
kat rumah botol nilah yang paling banyak...saje tambah koleksi


 melalui pengalaman yang lepas,
diawal minggu kelahiran susu takdelah banyak mana
cukup-cukup dengan perut baby..
so zah beli set kecil 2 oz ni...nak bagi semangat kat diri sendiri
supaya rajin menyusukan anak bila perah dapat botol penuh..:p

dan semestinya liner Aumtunz..zah banyak-banyak liner di pasaran,
Liner jenis ni juga yang buat Zah jatuh hati...
tahan lasak dan sangat kukuh...
insyaAllah boleh tahan lama, bila jatuh tak mudah pecah
yang penting selamat nak simpan susu baby.

Semua barang dan cukup insyaAllah,
tapi bila mengenangkan bonus yang bakal diperlehi kelak..
Zah berhajat untuk sambar satu beg ni..
comel sangat..so kira masuk wish list lah..

oh ok ini nafsu sahaja :p
tapi kalau tak tahan sangat nanti maybe beli juga...hehehehe

Kesimpulan untuk bekerja. Zah akan perlukan gadjet penyusuan seperti berikut :

  1. Double Electric Breastpump - Zah ada Medela Freestyle n Spectra 3, boleh guna salah satu.
  2. Storage Bottle 
  3. Liner jika perlu 
  4. Cooler Beg - Nak bawa susu dari office ke rumah. Kat office Zah simpan susu dalam peti ais.
  5. Ais Pek - untuk pastikan susu yang dibawa dari pejabat ke rumah sentiasa sejuk

Sebagai back-up Zah juga ada dua pump manual iaitu harmony dan avent..ikut kesesuaian..dan mana yang Zah rasa nak guna Zah akan guna.

Deep Freezer masih comel dan berkeadaan baik insyaAllah..cuma kena cari masa untuk cuci sebab dah lama tutup sementara nak beroperasi balik.

Kesimpulan : untuk penyusuan kali ketiga ini tak banyak dah persediaan yang berharga tinggi...hanya beberapa barang kecil sahaja :)

Semoga dipermudahkan..

Salam Kasih,
Izzah





No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics