Monday, October 08, 2012

3rd Pregnancy : Menyusu Semasa Hamil : Boleh atau tidak?

 

Rasanya, rata-rata yang membaca blog ini tahu yang Zah masih meneruskan penyusuan susu ibu waima sedang hamil sekarang. Alhamdulillah, Zah memasuki minggu ke 33 dan baru sahaja berjumpa doktor untuk detail scan, pemeriksaan kesihatan, jantung, berat, tekanan darah dan juga kadar hemoglobin dalam darah.

Teruja juga Zah nak tau perkembangan baby 'NQ' dalam perut ni sebabnya dah lama sangat Zah tak buat full detail scan dek kerana kesibukan kerja.
Alhamdulillah, baby 'NQ' membesar dengan sihat dalam rahim bonda. Menhampiri 2kg, air ketuban Zah cukup, berat Zah sudah normal, tekanan darah stabil, jantung Zah berfungsi dengan baik malah kadar hemoglobin sudah semakin baik...
Walaupun Zah meneruskan penyusuan semasa hamil, alhamdulillah Allah beri keizinan baby 'NQ' sihat...Zah sihat...

btw, kembali kepada topik...
Menyusu semasa hamil boleh atau tidak?
Ada juga bunyi ianya haram.
Anak dah minum darah masa menyusukan..

Kalian, Allah tak akan mencipta sesuatu itu untuk memudaratkan kita.
terdapat dua pandangan yang Zah akan kongsikan iaitu
dari segi perubatan dan dari segi agama.

Dari segi Agama :

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Kesimpulannya : Pada awalnya Rasulullah menegah untuk meneruskan penyusuan semasa ibu mengandung kerana dibimbangi akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu dan bayi yang dalam perut, Namun apabila Rasulullah melihat semua itu hanyalah satu perkara biasa dan tidak ada kesan tidak elok kepada anak,maka baginda menarik balik hasratnya untuk menegah ibu yang hamil menyusukan anak.

Dari segi perubatan :

Penyusuan susu ibu tidak boleh diteruskan seandainya ibu tersebut memiliki kriteria seperti berikut :-
  1. Berisiko dan pernah melahirkan bayi pra matang
  2. Pernah mengalami keguguran
  3. Mengalami pendarahan semasa hamil
  4. Positf GBS Carrier
  5. Dan lain-lain kehamilan yang berisiko tinggi

Apa yang perlu diambil kira jika mahu meneruskan penyusuan semasa hamil :-
  1. Makan dan minum secukupnya. Ibu yang hamil dan menyusukan anak memerlukan kalori dan sumber makanan berkhasiat. Jumpa pakar pemakanan atau doktor anda untuk nasihat pemakanan.
  2. Kebiasaanya ibu akan terasa penat, baringlah semasa menyusukan anak dan cuba untuk lelapkan mata.
  3. Puting akan lebih sensitif semasa awal kehamilan, tarik nafas panjang-panjang jika terasa kesakitannya.
  4. Anak yang sedang menyusu tidak akan mengambil hak adik di dalam perut ibunya kerana, badan ibu tahu apa yang patut dihasilkan dan apa yang patut diberikan. Usah risau kolestrum yakni susu awal bayi diambil oleh abang atau kakaknya.
  5. Susu ibu akan mulai berkurangan ketika 4 bulan dan punya rasa sedikit masin. Ada sesetengah bayi/anak yang akan mula menolak untuk menyusu.
  6. Jika menyusukan anak yang kurang dari setahun, perhatikan berat badan. Boleh berbincang dengan doktor/pakar kanak-kanak mengenai pemakanan dan diet sepatutnya.
Kesimpulan : Dapatkan nasihat daripada doktor/ pakar laktasi/ kaunselor laktasi yang bertauliah mengenai hal ini. Hasrat untuk meneruskan penyusuan sebenarnya bergantung kepada kesihatan ibu, keadaan ibu dan risiko yang bakal terjadi jika ibu memiliki masalah. Namun sebenarnya, jika ibu sihat dan atas keizinanNYA...insyaAllah tiada apa yang akan membunuh/memudaratkan bayi dalam kandungan ibu. Banyakkan berdoa dan memohon semoga Allah ringankan dan mudahkan hasrat tersebut. Ibu kena kuat kerana penyusuan semasa hamil ataupun penyusuan berganda (tandem nursing) masih asing dikalangan masyarakat. Usah risau, Allah tidak akan membebankan umatnya jika umat tersebut tidak kuat.


Salam kasih,
Izzah
Certified lactation Counselor


2 comments:

eza miza said...

salam...curious nak baca pasal blog ni lps dpekenal oleh cousin eza.. fyi eza skg pregnant 3 bln bg anak kedua..anak sulong msih bf ..eza bg je wpun org skeliling kata mcm2...tp lately mmg trasa puting sgt skit masa abg adi bf..lps bc crita zah..eza paham la hal abnarnya..mmg puting sdkit snsitif..

eza miza said...

salam...curious nak baca pasal blog ni lps dpekenal oleh cousin eza.. fyi eza skg pregnant 3 bln bg anak kedua..anak sulong msih bf ..eza bg je wpun org skeliling kata mcm2...tp lately mmg trasa puting sgt skit masa abg adi bf..lps bc crita zah..eza paham la hal abnarnya..mmg puting sdkit snsitif..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics