Friday, October 19, 2012

3rd Pregnancy : Baju baby adik.

Alhamdulillah, memasuki angka 9 bulan adalah sesuatu yang menggembirakan bagi diri Zah..insyaAllah mulai esok, zah akan entering 35 weeks, lepas raya haji dah masuk 36 weeks...menghitung harilah nampaknya...jujurnya, pregnant kali ni Zah berdoa supaya bersalin lebih awal...huhu 37 -38 weeks ke...sebabnya Zah akan hadiri konvokesyen pada 16 Disember 2012 ni...kalau bersalin ikut due or lewat...nampak gaya konvokesyen tu kena jalan kepit-kepitlah..hehehehe..:)

Btw, hari ni Zah nak share pembelian online beberapa barang baby...Zah beli GB atau group buy dengan seorang blogger ni...kira memang dapat murah dari harga pasaran...Alhamdulillah...barang dah sampai dan berkenan sangat...salah satu barang yang Zah beli adalah romper.

 Harga rompers ni pun tak mahal...
Satu set yang ada 5 helai..hanya RM26.00
so sehelai jatuh RM5.20 sahaja :)
kira postage sekali..sehelai baju berkos RM5.50
murah dan berbaloi..kualiti pun ok..



 gigih cuci malam tadi
dan rasmikan penyidai baru beli dekat COSWAY

Alhamdulillah...
dah siap semuanya untuk baby adik NQA ni
insyaAllah hujung minggu adalah masa untuk pek baju baby adik ke hospital
maklumlah...raya haji ni dah cukup 9 bulan :)

tak sabar pula nak bercuti...
tak larat dah nak g keje sebenarnya :)

* lately kerap juga kena brixton hicks dan sakit pinggang...sakit tak boleh tahan*

1 comment:

~farah~ said...

NQA : Nur Qistina Adriana? Nur Qaisara Alisya? Hehe. Bestnye :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics