Wednesday, October 17, 2012

3rd Pregnancy : 34 weeks and still counting.


Hiks, lupa nak update perkembangan preggy minggu ke 34 ni.
bulan nilah yang paling lambat sekali g jumpa doktor Wan..
ada je halnya...
Alhamdulillah, last week dah g jumpa Doktor..
seperti biasa benda pertama yang doktor tanya
adalah tentang keadaan Zah :)

Kali ni, Zah buat full detail scan..
nak tengok uri kat mana,
kedudukan baby
anggaran berat
anggaran usia dalam kandungan
jantina baby adik :p
anggaran air ketuban
anggaran dia nak lahir..
oh berdebar.

Alhamdulillah, walaupun Zah menyusukan Irdina
Baby 'NQA' dalam perut bonda sihat dan membesar dengan baik
kiranya kiraan tempoh kehamilan
dan tumbesaran dia dalam rahim tu betul
Alhamdulillah..
cuma doktor kata, baby adik tidak sebesar kak ngahnya dulu..
oh lega sikit..sebab teringat kesakitan melahirkan Irdina dulu..
huhuhu..Irdinakan debab masa lahir...fuh jenuh push.

Alhamdulillah, dari berkedudukan sonsang,
adik 'NQA' sudah berada di laluannya..
kemungkinan untuk baby 'NQA' berpusing ikembali tu dah takde..
semoga betullah kata doktor.
uripun dah kat atas, tidak menutup laluan baby 'NQA'
air ketuban mencukupi
baby comel..hehehe
sebabnya nampak hidung mancung macam ayah dia
mulut comel siap nampak baby hisap jari lagi masa scan tu..

insyaAllah lepas raya haji ni baby 'NQA' dah berusia 36 minggu..mean bila-bila masa je dia akan lahir..berdebar sungguh..
semua kelengkapan baby dah siap..insyaAllah...
cuma beg je tak siapkan lagi..hehehe
bonda ada penyakit 'M'..
takpelah..nanti bonda buat ye baby adik...
oh ye selain dah tau gender adik, Zah juga dapat anggaran berat dia
minggu lepas masa 33 minggu tu..baby adik dah 2.2kg..
besar juga..
seminggu je dia boleh naik beberapa gram..
doktor pun kata, memang baby akan cepat besar bila entering 32 weeks.
ok itu update baby..

update bonda pula.
dihujung kehamilan ni..
mood rajin mengemas sampai lupa diri pun ada
orang kata tu memang tanda nak dapat baby dah..
baju kotor dah mula cuci 2 hari sekali..kekadang sehari sekali...
lipat kain tu ikut mood..:p
kemas umah pun sat je boleh siap..
cuma bab memasak..ada on off...
nasib hubby ok..huhuhu..
kalau ikut badan, memang dah rasa berat sangat dah...maklumlah dah mencecah 63kg...huhuhu..kemain besar sekarang ni, kalau jumpa orang tua mesti depa kata perut dah jatuh..risau juga..so mulalah buat-buat diam..
kalau tak ada je benda nak buat...
preparation nak berpantangpun hampir lengkap
jamu dah ada, tungku dah ada, bengkung dah ada,kain batik dah ada..
cuma nak tambah beberapa helai kain lagi..
nasib ada kawan kat labuan...minta tolong dia beli dari sana..:)
yang belum beli..stokin..huhu..

apapun, zah harap kali ni mudah...dari 8 jam untuk anak pertama kepada 4 jam untuk anak kedua..anak ketiga 2 jam je :p...boleh..hehehe ni sebab terinspirasi dengan kawan yang mudah sangat bersalin dia...apapun semua itu Allah yang tentukan...Zah hanya mampu berdoa.

btw, banyak zah baca anak ketiga macam susah sikit nak lahirkan dia..betul ke?



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics