Tuesday, October 30, 2012

3 Pregnancy : Swaddle Pod dan Koleksi Cloth Diaper lagi.


Minggu-minggu akhir mengandung kali ketiga adalah super teruja..tengok barang -barang baby yang disediakan untuk menyambut kelahiran baby 'NQA' mcm nak dapat anak pertama keterujaannya...hehehe...over betul zah ni..btw, beli tu tak banyak manapun..recycle je yang lebih :p..tu yang untung anak sorang satu.


Oh, ingat tak entry Zah tentang jatuh hati dengan koleksi CD jenama Charlie Banana?...sebenarnya kalau beli pakage memang murah, tp sebab pakej tu banyak kepada warna plain, which zah dah banyak koleksi CD plain, maka Zah tukar keinginan tu kepada CD yang bercorak...tak sabar nak tambah koleksi ni...so, zah dah order 2 pcs jenama Charlie Banana...

 Charlie banana - Butterfly

Charlie Banana - Cutie

Harga untuk kedua CD ni agak mahal jugalah..so Zah decide untuk ambil secara kutu / ansuran...giliran Zah bulan 12 ni..takdelah lambat sangat nak dapat...:)...tp sebab syarat amik kutu/ansuran..kena beli RM200 ke atas, Zah tambah lagi dua pilihan iaitu jenama Bum Genius dan Blueberry....
Bum Genius - Love lace

Blueberry - Citrus

Selain itu.....tahun ni asyik tergoda pula bila tengok blog ibu-ibu baru yang pakai swadlle pod ni...aka bedung moden...nampak comel je bayi masuk dalam diakan..comfirm tak kuar kaki tangannya dari bedung yang tradisional kena ikat-ikat tu..hehehhe...dah order dah..tengah tunggu shipment dari penjual je...




Zah tahu, ada ibu yang berpendapat..untuk anak seterusnya tak perlu berbelanja banyak, mcm baju recycle je baju abang or kakaknya...tp bagi Zah,setiap anak itu unik dan sangat berharga..Zah mahu dia tahu kami bonda dan ayahnya mengalu-alukan kelahiran dia...jadi, Zah adalah beli beberapa tambahan baju dan keperluan lain...

Sebab Zah ni jenis beli baju yang besar juga, saiz new born beli masa abang long akmal je..bila Angah Aqilah lahir..kami beli baju saiz besar seperti 3-6 or 0-6 punya..so memang pakai lama...tak banyak yang tersimpan untuk adik-adik yang lain...

Apapun, masih amalkan penjimatan :p, banyak keperluan lain seperti breastfeeding gadjet tak perlu beli...dan mana yang boleh jimat, zah jimatkan..contoh beli barang masa sales sahaja...jangan beli waktu takde sales...

ok itu je...ada kawan yang selang seminggu dari Zah dah mula rasa mild contraction, dah bersiap ke hospital, Zah pun dah mula berdebar ni..

Salam Kasih, 

Izzah.

2 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
jalan2 kat blog dini a malay lady, a chinese man.. 2 mix son.. :) jumpa blog ni.. terus singgah.. :) CD ni kan mmg famous skrg.. mgkn kali ni pun saya nak cari CD juga.. tapi lepas anak dah lahir kot.. sbb tak tau size lagi.. :)

KISaHKASiH said...

main kutu ni mcm mn?nk main jugak...hehe..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics