Friday, September 21, 2012

Tugasan Luar Pertama Sebagai Kaunselor Laktasi.


InsyaAllah, tengah hari ni Zah akan berjumpa dengan ibu-ibu hebat di Telekom Pulau Pinang, debaran masih terasa sebab ini adalah tugasan pertama Zah sebagai moderator :)...selalu berteman dengan MBFPC yang lain. Tapi kali ini insyaAllah Zah akan buat sendiri.

Sejujurnya, Zah suka bercerita mengenai penyusuan..dah sebati dalam hidup Zah.. Zah dah pernah rasa susahnya bila anak menolak dan tidak mahu menyusu secara terus. Zah sudah pernah merasa jadi ibu yang memerah setiap masa, menangis kerana pump yang digunakan menyakitkan, menangis kerana anak perlu diambil darah kerana jaundice. Tapi Alhamdulillah, disebalik kesakitan dan kesedihan itu, Zah gagahkan diri sehingga berjaya harungi 15 bulan dengan memerah sahaja.

Kegagalan itu buat Zah nekad untuk belajar, dari tidak menyusu secara direct..hari ini Zah mampu tersenyum..Alhamdulillah,hampir Setahun 4 bulan..Irdina masih menyusu dengan Zah..Irdina tetap mahukan Zah, walaupun sebenarnya tinggal 2 bulan sahaja lagi Zah akan memenuhi 2 tahun penyusuan itu...Allah..Allah...

Nanti, zah akan update cerita mengenai perjumpaan ini ya :)..Doakan Zah tau!..untuk mana-mana ibu yang mahukan Zah ke pejabat anda :) - just drop email..insyaAllah Zah bersedia memenuhinya seandainya sihat dan diizinkan.

Salam Kasih,
Izzah
Certified Lactation Counselor
Malaysia Breastfeeding Peer Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics