Monday, September 03, 2012

Sekitar Aidilfitri 1433H - Day 1


Alhamdulillah, lamanya tak update blog..asyik online guna tab je..nak type dengan tab tak puas, banyak update status kat facebook je..hehehe..
 
Zah cuti start 17 Ogos 2012 - kebetulan ada temujanji dengan doktor, Aidilfitri kali ni zah cuti 12 hari...lamakan?

Oleh kerana langsir rumah dah 2 tahun tak berganti...gigih zah siapkan juga langsir masa cuti jumaat tu..hahaha...tingkap tak banyak so jahit sat je lah..buat tingkap depan dan pintu utama je.



Baju raya, seterika malam raya...tema yang direcycle masa majlis nikah adik..pink purple, baju Zah dan anak-anak adalah jahit sendiri...baju suami je tak...:)


Zah juga berniat nak bagi suami kenyang sebelum solat hari raya.
jadi Zah masak rendang ayam, masak 2 ekor ayam yang memang besar juga
bagi kat jiran-jiran..dapatlah 10 bekas...


Zah masak malam tu bagi kering,
bagi ayam ngan rempah bersatu.

pagi-pagi zah masukkan santan pekat....

Tahun ni beli ketupat dan lemang,
tapi tahun depan berazam nak buat ketupat sendiri..
insyaAllah....harapnya bolehlah..sebab rendang Zah laku..
tengok adik-adik ipar makan bertambah, akmal makan selera
seronok juga masaknya.


Alhamdulillah, air teh panas, rendang dan ketupat untuk suami tercinta
terhidang di pagi raya..

lepas solat, kami gerak ke rumah pengasuh akmal
 laki bini nampak tembam sekarang...

 then, rumah kedua g rumah mertua.. 

Gambar berdua dulu..macam pengantin baru je..hehehhe

gambar dengan anak-anak kecil adalah tidak mudah..

tapi mak dengan bapaknya maintain senyum depan kamera..

tengok, mak siap senyum..bapak n anak-anak dah pejam mata dah..


tok wak, tok tok dan anak-anak


 husband and family with kids.

 last sekali me menyelit..akmal n aqilah sibuk dengan duit raya..

Alhamdulillah, raya tahun ni memang semua keperluan dipenuhi
hajat hati nak bagi anak-anak senyum di pagi raya tercapai.
seronok rasanya bila anak-anak pakai baju yang dijahit oleh bondanya :)
seronok berkongsi hidangan dengan jiran tetangga..

nanti zah sambung lagi, tahun ni 3 hari zah beraya di Penang.
then meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar, Parit dan Negeri Sembilan

to be continue... 


Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics