Tuesday, September 04, 2012

Raya Ke 7 - kenduri sambut menantu

Selepas menempuhi perjalanan yang panjang dari Kuala Kangsar
 ke Negeri Sembilan,
Bermulalah episod buat kerja untuk persediaan majlis sambut menantu.
Everything dibuat sendiri oleh Zah, Suami, Bonda, Maksu dan Paksu (Adik Ibu)
Adik-adik Zah dan isterinya.

Usah tanya kepenatan kami,
namun kepuasan selepas kenduri, dapat kumpul ramai-ramai memang puas hati dah

Oleh kerana zah ni tengah perut besar,
kerja berat tak buat..huhuhu so yang mengupas beratus biji kelapa adalah kanda saya...tq abang!dia jugalah driver dan pembantu peribadi bonda kemana sahaja.

Zah pula ambil alih kerja dalam rumah,
buat goodies beg dan isi bunga telur..
telur juga kanda zah seorang yang buat...memang banyak dia bantu..
malam sebelum majlis, pengantin lelaki takde idea nak buat pelamin sendiri.
so kak long dia yang sarat nilah panjat ambik bangku..
pasang apa yang patut..dah tengah malam dahpun..
hasilnya?


Meja makan beradap pula di hasilkan oleh
adik zah yang no dua dengan wife dia dan juga cik abang zah..
mereka bertiga yang siapkan.
masak pengantin, zah n bonda yang masak
dan bab hiasan adik ipar yang buat..

 kenangan semasa menyediakan ni, elok je siap meja makan pengantin siap,
kesian adik ipar kalut tak bersiap lagi.
Apapun, tq ye marina...kak long tau if awak baca entry ni
mesti teringat semua kerja kita :)


 Adik ipar zah ni kalau tak silap ada 13 ke 14 beradik.
Ramai juga rombongan dari Kuala Kangsar yang datang..alhamdulillah..















tak larat nak type cerita...
buat masa ni, 2 adik zah dah kahwin
Zaini dan Hadi.
Semoga mereka bahagia dan gembira macam zah juga..hehehhe
tinggal yang bongsu je lagi..
tapi tu lambat lagi..maybe 15-20 tahun lagi..huhuhu
entahlah dah berusia dah masa tu...



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics