Friday, September 14, 2012

Perempuan tak boleh lari dengan pinggan mangkuk

Cerita lama tapi saje nak syer..
Masa g Langkawi bulan lepas,
sempat sambar satu set vision..
memang dah lama nak ada satu set..
dan juga teringin pakai kuali Tefal..
nak juga merasakan..
Alhamdulillah, semua benda yang dihajati tu dapat
memang puas hatilah..

Pastu kebetulan pada 31 Ogos tu..pengasuh anak ada cerita
Kilang Pinggan yang depa selalu p buat promosi
terus ajak suami dan pengasuh g sana
hahaha...hajat hati nak beli set pinggan baru
sebab pinggan lama kat rumah dah nak masuk 3-4 tahun juga tak bertukar..

bukan saya punya semua ni
ada 3 tuan :p

Zah beli set ini...
murah je.
Untuk pinggan yang besar kat bawah sekali tu
RM5 sebiji percuma sebiji
Kemudian Pinggan kecil RM4 sebiji percuma sebiji
Mangkuk RM4 sebiji
Muh RM3 sebiji...

Zah amik semua setengah dozen - total per set hanya RM60++
memang berbaloi sebab pinggan ni boleh masuk dalam ketuhar 

bila dah beli pinggan dan periuk baru.
Mood memasak tu mencanak naik tau
rasanya setiap hari ada je menu yang zah masak
dari menu sesimple mungkin
sehinggalah menu yang boleh tahan renyah..hahaha
alhamdulillah...bolehlah dari tak masak langsung :p 
lagipun kekadang Zah sampai lewat gak dari tempat kerja
bila stuck kat jambatan tu...tp..sebab perut nak diisi
mahu tak mahu masakla makanan yang simple ni :)

antara menu yang sempat zah masak :-

Nasi Ayam berempah.

Ayam Goreng Berempah dan Sambal Ayam Penyek

Sup Ayam dan Sayur



Ayam Masak Kicap dan Sup Sayur 

Makaroni Berkuah Daging

Ayam Goreng Berempah bersos Tiram dan nasi panas

Nasi Lemak dan kawan-kawannya

Asam Pedas Pari dan Pari Goreng Berlada.

Cuma yang tak best..lately suami hilang selera nak makan nasi
so dia hanya ratah lauh je..hehehe
tak kisahlah...janji zah dan anak-anak makan nasi
Aqilah Irdina la terutama..
dia bab makan no satu...
boleh bergegar pintu umah kalo dia ulang cakap nak nasi..
mama nak nasi..so bonda kena masak macam lipas kudung jugala..

Sekarang tengah cari idea nak masak apa sepanjang pantang
maklumlah hajat hati nak berpantang dengan suami dan anak-anak je kali ni.
sementara saya belum bercuti panjang
suami minta saya masak dulu
sebab melalui pengalaman dulu
enam bulan pertama masa selepas balik kerja
adalah masa rest dengan anak
mean zah akan susukan anak
makanya suami yang akan sediakan makan :)

Kalian macamana?
sempat masak ke balik kerja?

1 comment:

aMiYs said...

sedap2 sume mknn kat atas...
share la resepi...
hehehe...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics