Friday, September 28, 2012

Penyusuan Susu Ibu : Posisi dan lekapan yang membantu anda :)

Sejujurnya, pengalaman anak sulung dan anak kedua sangat berbeza semasa kali pertama menyusukan. Melalui pembacaan dan praktikal, dapatlah Zah simpulkan bahawa posisi dan lekapan yang betul akan membantu ibu berjaya semasa menyusukan anak mereka terutama diminggu-minggu awal kelahiran.

Tips Mudah : Berjaya menyusukan anak adalah melakukannya dengan betul sejak awal.



  1. Pastikan badan bayi menghala ke badan ibu - untuk memastikan bayi selesa semasa menyusu dan bayi akan rasa selamat apabila ibu memegang dengan rapat badannya.
  2. Pastikan kepala bayi leher dan belakang serta punggung bayi diampuh dengan betul.
  3. Jangan biarkan bayi menyusu di puting sahaja. Bayi perlu merangkum aerola ibu (kawasan hitam) - inilah yang membezakan penyusuan dengan puting tiruan dan penyusuan susu ibu.
  4. Penyusuan susu ibu seharusnya tidak menyakitkan ibu. Periksa lekapan anak agar memastikan tidak terjadi puting melecet dll simptom yang menyakitkan.
  5. Susukan bayi sesegera mungkin kerana kajian membuktikan, bayi yang mendapat sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) akan mendapat haba yang secukupnya untuk membesar,insyaAllah.

Posisi menyusu memang banyak, tapi semasa berpantang..Zah sukakan posisi seperti diatas :) , Zah juga berehat bersama bayi, bolehlah lelap mata 5 minit. Ibu juga tidak rasa terbeban nak menyusukan bayi ketika waktu malam kerana bayi sedia bersama kita.


Oh ye, jika ibu mahu menyusukan anak semasa duduk pula...Zah suka gunakan breastfeeding pillow (bantal menyusu), baby dapat diampuh dengan baik dengan adanya bantal ini. Tengkuk dan pinggang pun tak sakit jika perlu menyusukan lebih lama.

 22 Months and still counting breastfeeding Nurul Aqilah Irdina
Alhamdulillah.

Salam Kasih,
Izzah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics