Wednesday, September 05, 2012

Nurul Aqilah Irdina : 21 Bulan nan indah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan Zah anak sepintar 
angar Irdina :)
Hari ini Irdina sudah berusia Setahun 9 Bulan.
Bijak
Petah Bercakap
Manja yang kadang-kadang tantrum
Sangat Aktif
Kuat makan, celik mata sampailah nak tutup mata
senang nak makan Irdina ni..
dah namanya perempuan,
Irdina dah pandai minta bonda pakaikan dia bedak, lipstick...hehehe
suka betul dia duduk tepi bonda masa bersolek.
dan selalunya zah layankan je permintaan Irdina

kalau orang tengok badan Irdina dengan Akmal dah sama besar,
Nasib akmal tu tinggi je..kalau tak orang ingat Irdina ni kembar ngan along.
berat dia dah 10.5kg...tu masa raya ke 7..
nak dukung memang tak laratla.. 
 Irdina memang petah bercakap...
mulut dia ringan alhamdulillah,
ada je ayat dari mulut dia yang kekadang
buat bonda dan ayah gelak..hehehe
Irdina banyak tiru dan belajar dari abangnya.

Dah tau nak baju apa yang dipakai
dah pandai pilih
dah tau nak cantik..
tak suka baju basah sikit.
Irdina juga dah pandai nak bgtau bila nak buang air.
Zah rasa, kalau zah train dia awal ni
tahun depan tak pakai dah CD irdina ni...huhuhu

Irdina rapat dengan semua orang.
dia takde lah nak memilih 
kalau kat umah semua kena cukup
ayah kena ada
abang long kena ada
mama kena ada
kalau tak dia akan tanya setiap 5 minit.
ayah mana,
abang mana..
dia boleh nangis menitik air mata yang buat kita sedih sama 
bila dia cari ayah or abang dia..

sebut pasal bercakap,
satu hari irdina tengah sedap menyusu..
Zah layan je..leh rehat sama..
tiba-tiba dia dengar bunyi pintu bilik..
Irdina tengok muka zah pastu terus duduk
Zah tanyala nape..
dia jawab..
sat ye bonda..Qilah nak g tengok ayah jap..hahahha
ke main..tengah sedap minum susu dengar ayah bangun tido terus cari ayah.

Walaupun orang kata macam-macam bila zah masih menyusukan Irdina,
Zah ngan Irdina bo layan je..
Alhamdulillah,suatu pencapaian bagi kami berdua.
Irdina walaupun Zah sudah perkenalkan dengan susu lain sebagai bekalan di rumah pengasuh,tetapi dia tau mana yang sedap..
kesian juga bila tak bagi dia menyusu..
sebab dengan perut zah yang dah besar ni,
tak ada posisi yang selesa dah..
jadi, sakit macamanapun Irdina tetap dipenuhi hajatnya.
Bila Zah bagitahu kat dia
susu zah dah habis,
dia sendiri yang akan jawap..
adalah mama..
ni susu mama ni..
sedap...banyak lagi ni..hehehhe..

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics