Thursday, September 27, 2012

InsyaAllah : Konvokesyen Ke-13


Alhamdulillah, akhirnya setelah berhempas pula...belajar dengan anak-anak dan kerja serta tanggungjawab sebagai isteri, Zah berjaya habiskan Degree pada Mei 2012 yang lepas....kalau ikut, sepatutnya Zah akan konvo pada oktober atau november ini, tapi pihak Uiniversiti telah menetapkan tarikh baru iaitu pada 16 Disember 2012.



Kalau ikut tarikh konvokesyen, Zah akan menghadirinya ketika tengah berpantang.. mungkin masa tu zah dah 2-3 minggu dalam pantang..naik pentas amik scroll bau pilis dan param serta berstokinlah nampaknya :p....hahaha...yang penting, gambar konvo akan ada baby adik sama....alhamdulillah seronok.


Zah dah sahkan kehadiran..insyaAllah, kalau diberi keizinan dan kesihatan akan hadir semasa konvokesyen ...emm nampak gayanya berpantang kali ni terpaksa keluar rumah macam masa Irdina dulu. Bezanya masa Irdina zah kuar rumah sebab exam,kali ni kuar rumah sebab nak konvo..

emm banyak nak kena prepare sebab nak travelling dengan baby and kids, nak prepare baju :p, harap boleh pakai baju comel lepas pantang..wah kena ikat barut ketat2...nak handle ebm masa baby kena tinggal 3-4 jam nanti,nak kena perah sebelum masuk dewan konvo...memacam la...sib baik mak zah dah sudi jaga anak-anak masa zah nak masuk dewam...yang pasti gambar sekeluarga akan buat dalam studio je..hehehe nak juga ada kenangan dengan anak-anak dan family lain...tp suami ajak amik gambar kat putrajaya..hahaha aci?


6 comments:

aThidEaN said...

tahniah kak
bangga saya pada akak:)
doakan sy pun dpt grad Msc dgn 2 org anak nnt.

izzah azfar said...

tq dik...emm banyak cabaran study bila ada anak ni :)

pizet said...

dapat degree dengan 3 anak skali...hihi tahniah kak dah konvo...kena pantang ketat2 la nak melaram ni

izzah azfar said...

pizet : sempat ke 2-3 minggu nak kurus..hahaha tang perut lagi...tq na :)

~farah~ said...

bestnye! kat KL eh?

izzah azfar said...

farah..haah :p

aci tak jalan ikea..hehehe

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics