Friday, September 14, 2012

Breastfeeding : Susah Benarkah?

Insyaallah..lagi beberapa minggu sahaja Zah akan mulakan perjalanan penyusuan susu ibu kali ketiga pula...InsyaAllah kali ini lebih bersedia memandang sudah punya pengalaman yang pelbagai dengan Irdina dahulu.

Namun demikian, Zah tidak memandang mudah penyusuan kali ini. Setiap kali temujanji dengan Doktor...itulah yang Zah tekankan pada mereka. Saya mhu jaga sendiri baby setelah dia lahir, mahu rooming in dan hanya susu ibu dibenarkan kepada bayi saya kelak. No bottle feeding and formula feeding. Zah tegas.

Menjadi ibu sama ada pertama kali atau tidak, jangan mudah patah semangat mahu menyusukan anak. Zah faham sangat sebab Zah sudah punya dua pengalaman bersalin dan pengalaman penyusuan kali pertama yang berbeza.

Penyusuan Susu Ibu jadi mudah bila kita mula AWAL dan diteruskan sekembali di rumah. Pengaturan masa untuk diri sendiri juga penting. Jangan UTAMAkan diri sendiri sahaja seperti nak tidur lena, nak sihat, nak cantik...tu semua penting, tp biarlah seiring dengan bayi sama...mean, bayi sangat perlukan ibu mereka. Ibu paling rapat dan diperlukan sebab ibu teman sepanjang 9 bulan atau lebih ya..banyak kemungkinan bila bayi kita lahir nanti.

Waktu tidur bayi yang tidak menentu, bayi yang menangis, bayi yang tidak mahu diletakkan di bawah...asyik nak melekat dengan ibu sahaja..semua masalah ni InsyaAllah ada penyelesaiannya. Yang penting ibu dan ayah kena bersedia. Kalau ada campur tangan dari mak mertua atau mak sendiri atau orang sekeliling yang suka kata susu ibu tak cukup sebab bayi asyik menangis je...Zah sangat cadangkan kalian buat tak tahu. Senyum dan angguk sahaja..sambil letak bayi kat dada dan keep on feeding...abaikan aura negetif tu ye..

So, belajarlah mengenali tingkahlaku bayi nak menyusu. Jangan tunggu bayi menangis baru suakan susu...seronok sebenarnya menyusukan anak ni. Penat dan letih tu sat je terasa bila anak dah besar.


Irdina menyusu hampir 21 bulan sudah...alhamdulillah, walau tak sekerap dulu tapi satu kepuasan bagi Zah...Zah sekrang menyusukan Irdina dengan perut besar bukanlah mudah..kekadang sakit, zah cakap ngan Irdina..dan dia akan stop menyusu

Tak dapat menyusu tapi dia mahu zah peluk dia sampai pagi..itulah pengorbanan seorang ibu. Dengan bayi dalam perut, dengan anak yang nak membesar. Kekadang air mata tu mengalir juga...dan selalunya suami yang minta Zah bersabar..anak-anakpun faham dan akan peluk bonda dia..kuatlah semangat ya!...
Tak lama kita susah menyusukan anak ni..2 tahun dilalui dengan cepat sahaja...insyaAllah.

Salam Kasih,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics