Thursday, September 20, 2012

Breastfeeding : Keputusan yang sukar dibuat?

 Hari ni nak kongsi sikit mengenai persiapan untuk menyusukan anak yang ketiga :)..insyaAllah..zah mula lepas raya haji tu...dah kena prepare untuk terima ahli baru..sebab masa tu dah masuk bulan ke 9 iaitu 36 minggu...

Zah percaya, ramai ibu yang hamil terfikir-fikir untuk membeli peralatan penyusuan yang memudahkan mereka tambahan jika mereka bekerja. Antara yang penting adalah seperti breastpump, storage bottle, liner, cooler beg dan ice pack. Pada Zah semua tu perkara asas yang menjadi pilihan untuk kalian sebagai ibu. Perbelanjaan ini nampak sedikit banyak tetapi sebenarnya apabila diberi peluang untuk hamil kembali, tak perlu dah beli banyak-banyak berbanding 1st baby.


shopping semasa kembali bekerja selepas cuti bersalin 2 bulan masa tahun 2011.
Zah percaya ramai yang buat senarai pendek nak beli apa untuk menyambut kelahiran baby mereka :)...Zah ni, even anak ketiga masih buat senarai pendek juga.

Ralat : Medela Freestyle beli tahun 2009.

Alhamdulillah, kali ni zah tak perlu beli banyak dah..sebab semua dah ada since 2009. Jaga elok-elok semua barang ni takdelah mudah rosak...macam breastpump Medela Freestyle tu, banyak jasa juga...masa dengan Aqilah zah banyak guna Medela Freestyle daripada Spectra 3. 95% susu aqilah yang beribu-ribu oz tu hasil dari pump Medela Freestyle tu la..macam tak percaya, tapi itulah rezeki anak zah...alhamdulillah.


Zah ada tanya suami, kenapa dia tak cerewet bila Zah beli pump, cooler beg untuk menyusukan anak tu. Zah cakap sekali je,terus dia kuarkan duit dan bank in kat seller. Hubby Zah cakap, nak komen apa...benda tu semua untuk kebaikan anak-anak dia. Dah terbukti pun dari perbelanjaan yang dibuat untuk beli set peralatan ni..anak-anak dia dapat susu termahal didunia. Banyak yang dijimatkan...

Alhamdulillah, husband zah sangat support bab susu ni..hope husband kat luar tu pun sama juga. Zah n husband bukannya bergaji besar, tp kami berusaha untuk dapatkan yang terbaik buat anak-anak :)..maaf tujuan entry bukan mahu menimbulkan rasa kurang senang ya..hanya mahu berkongsi bahawa semua perbelanjaan yang bakal keluar untuk kali pertama akan berbaloi-baloi dan sangat bermanfaat untuk tumbesaran anak-anak. Gadjet ini juga perlu ada seiring dengan semangat untuk menyusukan anak. Penyusuan susu ibu dibantu oleh gadjet sahaja. Yang penting, ibu dan anak perlu bersedia untuk bersama-sama melalui fasa penyusuan yang sangat menarik.

Komen anda?

Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

Nurul Ain said...

Salam,
Betul zah.. saya lbh sggp keluar duit untuk peralatan bf dr keluar duit utk fm.. knp nak bg anak susu lembu walhal ibu masih ada dpn mata? Anak lembu pun menyusu dgn ibunya, knp pula anak kt nak kena minum susu lembu? Lembu pun tau nak beri yg terbaik utk anak ini kan pula kita yg diberi Allah akal n fikiran..Memperkayakan susu ibu utk anak2..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics