Tuesday, September 18, 2012

Breastfeeding : Jadual Perahan Susu Ibu



Alhamdulillah, nikmat menyusukan anak itu sesuatu nikmat luar biasa. Hanya ibu yang melaluinya tahu :)

Kalian, sering zah diutarakan jadual pemerahan yang betul oleh teman-teman. Pada Zah, jadual itu bergantung kepada anda. Janji konsisten dan tidak terlalu terikat, tertinggal satu sesi, gantikan dengan sesi lain. Itu je..asalkan perahan dibuat seperti biasa :)


Sedikit tips memerah yang Zah amalkan sejak anak pertama lagi adalah seperti berikut :

  • 6 Bulan ke bawah : Di Pejabat, Zah akan perah setiap 2 jam sekali. Semasa menggunakan Spectra 3, agak sukar sebab Zah perlukan plug letrik. Tapi itu bukan alasan :) - Alhamdulillah, Zah langsung tidak menghadapi masalah kemuruduman susu. Dengan Irdina, Zah masih mengekalkan momentum perahan 2 jam sekali...cuma kali ini Zah gunakan medela freestyle, tutup pakai nursing cover, sambil type kerja pejabat pun masih boleh memerah. Perahan anggaran 15-20 minit sekali perah untuk kedua-dua belah cik B. Relaks dan tidak memikirkan sangat pasal susu. Cukup time je tengok susu dah penuh. Minum Air secukupnya dan pastikan tidak stress.
  • 6 Bulan ke bawah :  Zah akan bangun jam 3.00 pagi sebab selalu Irdina akan bangun menyusu time ni, perah dapat sebotol (5oz) untuk bekal esok hari. dan akan perah lagi jam 5.30 pagi. last feeding Irdina adalah jam 5.00 pagi..dapat lagi sebotol. Alhamdulillah, Zah berjaya beri anak susu fresh sehingga setahun ya :) - susu beku sekali sekala.
 
  • 6 bulan ke atas : Oleh kerana, anak sudah mula makan, zah tidak lagi terlalu memikirkan stok ebm. Tetapi masih memerah seperti biasa. Perahan di pejabat mula berubah kepada 3 jam sekali atau kadang kala 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang.
  • Setahun ke atas : kadang kala Zah akan tambah sesi perahan dengan membuat power pumping. Apa itu power pumping? Power pumping versi Zah adalah memerah 10 minit, rehat 5 minit dan diulang proses itu selama sejam. Waktu yang biasa Zah buat adalah di antara 12.00 tengah malam ke 3.00 pagi atau jam 12.00 thari pada hari jumaat :)
  • Hujung minggu pula, Zah akan perah sekali pada awal pagi dan sekali sebelum tidur. Alhamdulillah, selebihnya Zah banyak direct feeding dengan Irdina. Irdina pantang nampak bonda, nak susu katanya.. 



Zah sukakan bonding ketika menyusu antara kami berdua :), Irdina sudah Setahun 9 bulan..Alhamdulillah, budak bijak yang tahu membezakan mana susu asli dan mana susu tiruan..hahaha...lebih suka menyusu dengan bonda dari susu dalam botol. Irdina akan dapat adik yakni anak ketiga Zah masa dia umur 2 tahun. Sampai hari ini tak nampak lagi kehendak untuk berhenti menyusu tu :)...mungkin journey penyusuan Zah November/Disember ini lebih mencabar. Tak sabar rasanya :) - dunia penyusuan membuatkan zah lebih rehat, tak kalut bila nak berjalan dan yang pasti...zah tau susu yang Zah beri pada anak-anak adalah susu yang terbaik dicipta oleh Allah untuk hamba-NYA.

Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

saya fatiha said...

Salam Zah,

Nak tanya, Zah pump di office every 2 hours, Zah basuh x parts pump setiap kali lepas pumping? or Zah simpan xbasuh, just simpan dalam fridge je?

saya selalu basuh corong2 pum setiap kali lepas pumping.. rasa xselamat kalau simpan dalam fridge xbasuh..

tapi bila basuh, tu yg rasa malas nak pum sbb terkejar2 dengan kerja, dengan pumping session, cleaning session.. hihihi..

ada tips?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics