Tuesday, September 11, 2012

Bagaimana mahu mendapatkan 40oz susu perahan :)


Alhamdulillah, hari ni Zah nak kongsikan bagaimana Zah boleh bertahan
sehingga hampir Setahun 3 bulan dengan memperolehi 40 oz susu sehari.
(Masih meneruskan penyusuan selepas itu cuma berhenti memerah kerana mengandung anak ketiga)

Apa yang Zah buat?

Tidak meletakkan jadual waktu untuk menyusukan Irdina.
Irdina sejak dia lahir, di jam awal..
Zah tak pernah biarkan dia menangis.
Sebab Zah tau, menangis bukan tanda mahukan susu yang pertama.
Bayi menangis merupakan tanda terakhir.
Tambahan pula bila Irdina ni jaundice hampir sebulan
makanya Zah memang akan pastikan dia menyusu dengan kerap semasa 
dibulan awal kelahirannya.

Semasa dalam pantang juga,
walaupun berniat mahu kurus, tapi Zah tak pernah kawal pemakanan Zah.
Zah akan makan dan minum dengan sihat.
Selain itu, Zah akan rehat semasa Irdina tidur
dan Zah juga pastikan penyusuan semasa waktu malam tetap diutamakan.
Oleh kerana, Zah jarang tunggu Irdina menangis
Ibu zah puji Zah dan suami
untuk kelahiran kedua kami berdua lebih tenang :)
Terima Kasih kepada PENYUSUAN YANG BERKESAN

Zah juga mula memerah semasa hari ketiga /ke empat
Tujuan Zah memerah adalah Zah mahukan susu bertambah
untuk pastikan susu Irdina mencukupi.
Biasanya Zah akan perah selepas menyusukan Irdina.

AMARAN : Walaupun susu perahan Zah sudah mula dikumpul
tetapi sepanjang tempoh berpantang Zah langsung tidak memperkenalkan 
Irdina dengan BOTOL ya.
Irdina langsung tidak diperkenalkan dengan BOTOL dan PUTING TIRUAN.
Zah tak nak Irdina keliru puting, oleh itu jika terpaksa meninggalkan Irdina dengan pengasuh (Zah amik exam dalam pantang)
Zah akan minta pengasuh berikan Irdina guna picagari.
Semasa berurut ataupun mandi sekalipun Zah TIDAK berikan botol.
Irdina langsung tidak meragam semasa Zah tiada.
Sebab, sebelum Zah laksanakan tugas Zah, Zah akan pastikan Irdina kenyang terlebih dahulu :)

KESIMPULAN : PENYUSUAN SECARA TERUS YANG KERAP, TANPA JADUAL SANGAT MEMBANTU TERUTAMA SEMASA DALAM TEMPOH BERPANTANG ATAU SEBULAN PERTAMA MELAHIRKAN BAYI. BERKESAN KERANA KITA AKAN PASTIKAN BAYI SENTIASA BERSAMA, MENYUSU TANPA JADUAL SIANG DAN MALAM ADALAH LEBIH EFEKTIF APABILA DITAMBAHKAN DENGAN MEMBUAT PERAHAN SELEPAS MENYUSUKAN.

Asyik menyusukan anak je bila pula nak buat stok?

Zah suka cadangkan ibu yang bertanya untuk melihat jadual cuti bersalin mereka.
Macam Zah, Zah betul-betul memerah mengikut waktu pejabat adalah semasa sebulan selepas bersalin.

Tapi Zah masih utamakan penyusuan Irdina. 
Alhamdulillah, susu perahan Zah sangat banyak selepas sahaja cuti bersalin,
Zah  mampu memenuhi ruang deep freezer 250L.

Kesimpulan : tiada yang mustahil!


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics