Monday, September 10, 2012

3rd Pregnancy : Persediaan untuk baby adik tido lena :p

Alhamdulillah, cuti pada ahad lepas zah isi dengan 
aktiviti menjahit :)

Ikut jadual, bulan ni zah kena selesaikan semua aktiviti menjahit
dan Zah telah siapkan 

7 Biji bantal yang ditransformkan dari
2 bantal kekabu yang lama...:p
Yang bagusnya guna bantal kekabu ni
Makin lama, makin elok
Jemur selalu akan jadikan bantal or tilam lebih gebu.


Saje buat banyak,
sebab tak nak Akmal dan Aqilah tu berebut.
tu pun semalam Aqilah dah tanya dah bantal dia mana..hehehe


selain itu, Zah juga dah siapkan sarung tilam dan bantal untuk ke rumah pengasuh.
Kain cotton ni jauh dari bandung..hehehe
tilam kekabu tu pula dah berusia 14 tahun ++
sebab digunakan sejak adik Zah bongsu lahir.
Sekarang adik Zah tu dah berusia 14 tahun pun.
Then Zah guna masa nikah,
pastu turun kat Akmal dan Aqilah
InsyaAllah hujung tahun guna kat adik lak..
berbaloi-baloi beli tilam kekabu ni tau!

Alhamdulillah, dah simpan dalam beg Narita :)
so selesai satu set untuk adik tido kat umah pengasuh nanti.
Zah ada 2 helai kain lagi untuk buat sarung tilam dan bantal..
insyaAllah nak siapkan hujung minggu ni pula.

Berikut adalah aktiviti menjahit Zah yang lalu :


Setengah orang kata, nak sambut orang baru boleh je recycle baju bajan adik dia.
Tapi bagi Zah, bukan mahal manapun kalau jahit sendiri nak buat sarung tilam n bantal ni...mahal if tempah kot..huhuhu
memang ada sarung tilam yang dulu, tp biarlah anak yang lahir rasa
dihargai...even dah anak ketiga...
Zah dan suami masih teruja nak dapat baby baru.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics