Friday, September 28, 2012

3rd Pregnancy : 32 weeks and still counting

Alhamdulillah, sudah menghampiri angka 8 mengandung anak ketiga ni. Memang ragam setiap kali mengandung itu berbeza, sebab tu Allah boleh bagi pahala mati syahid jika meninggal semasa bersalinkan anak.

Oh, zah pernah rasakan emosi yang bagai air terjun air mata mengalir masa nak g wad untuk bersalinkan Irdina dulu, menangis masa peluk dan cium along Akmal yang masa tu baru berusia setahun 10 bulan. Kali ni agaknya bagaimana pula rasanya ya :)


Hari ni masa on the way nak g meeting, boss sempat tanya bila EDD sebabnya lately Zah sangat chubby...hahaha sedar diri sebab berat dah approach 63kg, fuh lap peluh nak kurus balik nanti..and bila zah tak bg EDD yang tepat just anggaran dia sempat tanya pengalaman bersalin yang lepas, oh susah mahu dijangka..sebab Akmal bersalin awal 36 weeks 6 day, aqilah Zah bersalin 40 weeks tepat-tepat. Oleh kerana harapan untuk sihat dan sedikit kuat nak konvokesyen pertengahan Disember 2012 ni...Zah berdoa agar dapat bersalin sekurang-kurangnya minggu ke empat bulan November :p, iaitu bila dah masuk 39 weeks...huhuhu...

Kalau nak kata ready atau tak nak jadi super mom's for baby n two todler tu, entah rasanya ok kot, sebab anak-anak Zah tak susah nak handle..kekadang tu ada juga project dua beradik tu yang perlu dipantau macam main bedak...hehehe tp masih boleh dikawal. Nak makan pun senang, just hidang je..mereka pandai makan sendiri. Mandi je...bagi depa main air sat 10-15 minit, then dah sejuk depa panggil la Zah minta mandikan betul-betul. Nak tidur, ajak masuk bilik bagi susu..peluk tepuk sikit-sikit...lenalah sampai pagi...



Masa awal-awal je kot, kena minta husband bantu..sebab 14 hari pertama selepas bersalin, kena rehat dan kurangkan jalan laju-laju :p, kena jalan kepit-kepit...dan Zah kena sihat sekuat-kuatnya sebab nak g KL pula...semoga bersalin kali ni mudah seperti yang lepas, cepat baik kat tempat jahit, dan anak-anak sihat...

Bila sakit-sakit badan masa preggy ni kekadang Zah nangis juga macam anak kecil, time kaki kejang or sakit gigi. Tapi bila tiga hari lepas ada musibah yang menimpa pengasuh anak-anak Zah, dan Zah ke hospital melawat beliau, lihat ibu-ibu yang turut sama hadapi musibah tersebut. Zah sangat bersyukur. Allah itu tidak akan menduga manusia jika mereka tidak kuat bukan? Apapun, Zah sangat bersyukur dengan kehamilan ini, dengan anak-anak yang comel, dengan suami yang sangat menyokong dan membantu saya dalam apa jua hal.


Oh, saya tau kekadang dia baca juga blog saya ni secara senyap-senyap. Suami memang sangat membantu. Kekadang bangun pagi je, tengok semua pinggan mangkuk dan dapur dah berkilat. Love u abang...banyak dia tolong saya..kalau harap saya seorang comfirm meraung...

Btw, alhamdulillah, everything dah complete untuk baby adik 'N'. Tinggal nak belikan alatan mandian je..dan yang lain dah cukup alhamdulillah...bolehla mula kemas beg hospital nanti...:)..seronoknya...29 tahun dah ada 3 orang anak..alhamdulillah, rezeki Zah...hehehe masih ada quota sebelum 35-37 tahun... InsyaAllah next week jumpa Dr. Wan dan nak serahkan 'Breastfeeding Plan' yang sempurna kepada beliau. Masih berhasrat untuk meneruskan penyusuan dengan anak ketiga dan mungkin akan extend penyusuan dengan Irdina yang bakal berusia 2 Tahun awal Disember ini..Allah nikmat betul rasanya :)

Kalian, jadi ibu memang manis. Tipu jika tiada yang perit tetapi hadapilah ia dengan senyuman, bantuan dan sokongan dari pasangan yakni suami sangat diperlukan. Dan kepada suami, sokonglah isteri anda yang berkorban untuk besarkan zuriat kalian ya!

Salam Kasih,
Izzah 

4 comments:

Nanak said...

tak lama lg kn zah..:)
nanak skng ni baru nak masuk 7m, mmg dah tak larat sgt..jln pn mcm penguin..

klu mlm biasanya hubby yg take over buat kerja rumah n layan anak..

kaki krem malam2 dia akan bangun utk urutkn...

harap semuanya bjalan lancar zah...

take care.

izzah azfar said...

nanak,

memang rasa kejap sangatkan?
masa awal-awal tu alahai lambatnya.

penat dengan prosedur klinik je sebenarnya..banyak sangat do n dont's...huhu

OmbakBaik said...

"penat dengan prosedur klinik je sebenarnya..banyak sangat do n dont's...huhu""

yep setuju..tapi demi kesihatan ibu dan anak..kene le kita pergi jugak kan..saya pon da masuk 8 bulan..dupdapdup rase..semoga kita sehat dan selamat bersalin hendaknye...

terima kaseh..saya bace ilmu breastfeeding disini :D

izzah azfar said...

ombak baik :)

zah ada dua org doktor yang advice
satu di swasta
satu di kerajaan

swasta tu lebih natural sbb benda-benda biasa je..so taklah stress sangat

kat kerajaan ni, terlalu detail...huhuhu berat takleh lebih, tak leh kurang, tak leh hb rendah, tak leh darah tinggi...

tp sebab nak pastikan baby dalam perut sihat...buat juga...

semoga awak juga selamat ya :)

tq sbb baca blog zah ni

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics