Tuesday, September 11, 2012

29 Weeks Prgenancy : Braxton Hicks


Bermula fasa tremister ke tiga kandungan...Zah sudah mula rasakan kurang selesa di bahagian bawah, nak mengereng, nak berjalan kena perlahan-lahan. Tambahan pula bila Zah aktif bergerak, aktif memasak mahupun mengemas rumah...Lately, Zah sangat suka memasak, hari-hari ada je benda yang di masak kat rumah..huhu seronok bila anak dan suami makan masakan sendiri..dah lama tak memasak dengan aktif la kata kan...hehehe tapi masa awal-awal ke Braxton Hicks ni Zah ingat sebab menyusukan Irdina...risau juga...


Irdina pula sejak bonda dah mengandung 7 bulan ni, semakin sedap dia menyusu. Kalau hujung minggu je memang keje dia menyusu je lah...dah makin sedap susu bonda sekarang :)...Jadinya sabtu lepas Zah langsung tak buat apa. Bangun tidur dari pagi sampai petang, bed rest je ngan Irdina..layan dia menyusu,tidurkan dia dan Zah rehat sekali. Langsung tak kena Braxton Hicks ni....tapi malam tu, bangun  je buat keje umah, cuci kain,jemur dan lipat kain...serangan perut kejang datang balik.

Terbukti, Braxton Hicks bukanlah terjadi bila kita menyusukan anak. Tapi sebab ibu aktif buat keje :p, Zah masa anak sulung pernah ada pengalaman kontraksi pra matang masa 30 minggu,kena cucuk dengan steroid adalah sangat sakit ok...huhuhu tu yang berjaga-jaga juga...Menurut laman web baby center.com terdapat perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Nota Bonda : Esok ada temujanji dengan Dr. Suraya (Klinik Kesihatan Berapit) dan Dr. Wan ( KS Wan and Liow Maternity Centre). Harap baby adik sihat dalam perut (rasa sihat sebab dia sangat sihat buat aksi akrobatik) dan berat Zah tak naik banyak sangat (Selera tak boleh tahan sekarang...hehehe alhamdulillah, fasa pening lalat tu dah takde)


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics