Thursday, September 13, 2012

29 weeks : Baby Breech

Semalam Zah ada temujanji dengan dua doktor yang berbeza.
Satu di Klinik Berapit - Dr. Suraya
kedua di KS Wan & Liow Maternity Centre - Dr. Wan

Temujanji dengan Dr. Suraya adalah untuk scan baby dan pemantau HB zah yang rendah..alhamdulillah, banyak naik bacaan HB  Zah kali ni..
dari 9.1 pada 30/8/2012 - naik ke 11.2 pada 13/9/2012
syukur, so Zah tak payah serah diri kena buat full blood counting.
cuma agak seriau bila scan, 
baby yang asalnya telah berada di laluan yang betul seperti gambar dibawah

telah bertukar kepada kedudukan breech pula..
baby dok menyilang...kaki kat bawah...kepala kat sebelah pinggang..
huhu patut dua tiga menjak ni zah diserang brixton hicks
gara-gara baby adik super aktif dalam perut bonda.

Dr. Suraya kata tiada apa yang perlu dirisaukan kerana 
mengikut kedudukan uri yang tidak menutp laluan untuk baby adik keluar
dan juga air ketuban yang mencukupi,
insyaAllah baby adik masih punya ruang waktu untuk kembali berada
di kedudukan normal.


Zah memang berdoa sangat-sangat untuk bersalinkan
baby adik secara normal.
rasa tak bersedia untuk menghadapi pembedahan.
Selepas mendapat sokongan positif dari Dr. Suraya,
Zah jumpa Dr. Wan pula..
Alhamdulillah, dia juga punya pendapat yang sama..
tiada apa yang perlu dirisaukan.
Asalkan baby adik sihat, aktif dalam perut tu
makanya, Zah tak perlu risau.

Cuma sebab selalu kena brixton hicks tu
Zah dibekalkan dengan ubat yang perlu dimakan
sekiranya brixton hicks bertambah teruk.
Jika jadi lebih dari 5 kali sehari, 
maka perlu berjaga-jaga takut akan jadi kelahiran pra matang pula.

ok tu je update..:) - sebelum ni,akmal dan aqilah pun suka pusing-pusing..
berharap untuk baby adik juga pusing dan berada dikedudukan yang sepatutnya
serta keluar on time, takmo awal takmo lewat sgt..

Nota Izzah : Berharap baby adik akan keluar selepas 23/11/2012 sebab ada majlis  peringkat negeri kat office yang perlukan Zah as Emcee again..harapan untuk baby adik kuar lewat sikit dan lahir pada bisday angah Irdina...huhu boleh?



3 comments:

Nanak said...

takpe, ada masa lg baby adik nak pusing tu..

izzah azfar said...

nanak : hopefully, doa hari2 dah ni

Nur Aini said...

Saya Bb breech 36w. Uri pon di bwh. No choice, operate masa 38w.Moga bb Adik ok

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics