Wednesday, August 15, 2012

Random : Rumah Baru Vs Rumah Lama : 3rd Pregnancy : Teringin

Hati tengah sedih...huhuhu, kalau ikut perancangan kami akan masuk rumah baru lepas raya..sebab bulan lepas masa Zah call pemaju..mereka janji kunci rumah akan dapat bulan 9 ni..wah dalam hati punyala seronok, memang cakap kat hubby nak masuk umah sebelum bersalin, sanggup pantang sendiri sebab nak merasa duduk rumah baru kami tu...

Tapi Allah itu yang menentukan segalanyakan..hehehe bertabahlah hati, pantang kali ni masih dirumah lama lagi..nak bagi merasa juga baby adik kat rumah dia disenyawakan..hehehehe :p, rumah ni even rumah kampung, hampir 5 tahun juga kami dah duduk. Lepas setahun kahwin, pindah rumah sewa terus lekat anak sulung, setahun pastu lekat anak kedua dan setahun lepas lagi lekat anak ketiga..hahaha..rumah rezeki...alhamdulillah.

Bila tengok kalendar, wah kejap je masa berlalu...akhir bulan ni dah cukup 7 bulan..tak lama lagi 8 bulan..pastu 9 bulan..pastu bila-bila je baby adik akan lahir..  sebenarnya, kalau duduk rumah baru teringin zah nak ada katil baby macam kat bawah ni.


tapikan tu angan-angan je lah..sebab rumah kecil tiang seribu sahaja...manalah nak mampu baby adik ada bilik sebesar gambar di atas..:) - lagipun bila baby adik ada bilik sendiri agak susah nak co-sleeping, yakni tidur bersama. 

Tidur bersama sangat memudahkan untuk kita meneruskan penyusuan pada waktu malam, sambil berbaring sambil menyusu. Tapi AWAS, jangan terlalu lasak..sebab karang ada kes anak 2 hari jatuh katil...bahaya betul.

Rumah yang zah zah beli kat area mengkuang ni, bilik ketiga dia tinggi, cakap kat suami leh renovate jadi 2 bilik dah..tp ada tangga comel, sekali bila search jumpa katil-katil lawa....wah cantik tp macam tak ada dijual di negara kita..heheheh

Kalau nak juga katil macam ni macam kena tempah sendiri...emm, anak dah ramai ni memang kena cari alternatifla...kejap je depa besar kena ajar tidur bilik sendiri pula..Barulah bonda dan ayah dia merasa nak honeymoon berdua balik :p
Berangan je..hahaha ada rezeki adalah betul tak? Yang penting belanja ikut kemampuan...

Salam Kasih,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics