Tuesday, August 07, 2012

Penyusuan Susu Ibu yang penuh liku

Breastfeeding Nurul Aqilah Irdina @ 20 months
and I'm Pregnant @ 24 weeks

Hari ni Zah banyak menerima email, PM di Facebook dan panggilan telefon dari beberapa orang Ibu hebat yang mahu menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Sesungguhnya semua ibu itu mahu dan berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu waima diduga dengan liku-liku di dalam penyusuan yang kadang-kadang orang akan lihat dengan 'enteng' masalah itu.

Bagaimana mahu atasi liku atau masalah semasa menyusukan anak?

Semasa anak pertama, Zah tiada tempat untuk dirujuk...ingatkan menyusukan anak tu mudah..tp sebab sebelum lahirkan anak lagi, Zah dah bincang dengan suami untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Walaupun 'keliru puting', Akmal anak sulung Zah berjaya menyusu susu ibu selama 15 bulan. 

15 bulan sebagai exclusive pumping bukan mudah ya. Siang malam zah berjaga untuk hasilkan susu..dah macam kilang, sehingga satu tahap mahu jatuh dan Zah bisikkan pada suami...dia macam biasa,susu yang zah ada akan cukup untuk Akmal. Tak pernah sekali dia tawarkan untuk beli susu alternatif sepanjang Zah ada masalah tersebut.

Kunci pada cerita itu adalah sokongan suami, anda perlu beritahu suami hasrat anda agar tidak patah semangat kerana semasa menyusukan anak kita bukan sentiasa akan diatas...sometimes Allah akan uji dengan sedikit dugaan :) - hadapi dugaan itu dengan tenang.

Kemudian, setelah sokongan diperolehi. Kita perlu berusaha juga..bukan setakat berdoa dan sokongan. Antara yang Zah buat untuk dapatkan susu yang mencukupi untuk Akmal adalah menggunakan teknik kekerapan memerah. 2 jam sekali tu dah jadi rutin, power pumping iaitu memerah 10 minit dan rehat 5 minit sehingga cukup sejam adalah satu kemestian. Selain itu, Zah juga cuba dengan menjaga pemakanan yang betul, diet seimbang serta beberapa milk boster seperti Pil ASI, set Shaklee dan Fenugreek. Daripada 3 milk boster tersebut fenugreek yang sangat-sangat membantu Zah. Alhamdulillah.

Namun disini, Zah sangat-sangat menggalakkan dan mencadangkan kalian agar tidak bergantung dengan milk boster semata-mata sebab penyusuan utama adalah kekerapan menyusukan anak dan kekerapan memerah payudara semasa bayi tiada. Kenapa Zah tekankan sedemikian adalah, pengalaman anak kedua pula sangat berbeza.

Zah buat dengan betul sejak hari pertama Irdina lahir. Zah mula menyusukan Irdina tak sampai sejam dia lahir, Zah kerapkan penyusuan pada hari pertama lagi dan Alhamdulillah, hari kedua dah rasa susu tu ada banyak. Sepanjang Irdina dalam pantang tidak pernah ditawarkan susu perahan even Zah sudah mula memerah sejak hari ketiga. Tujuan Zah memerah adalah untuk menghasilkan susu lebih banyak memandangkan Irdina ada jaundice yang agak tinggi berbanding abangnya dahulu.

Oleh kerana Irdina menyusu dengan baik sejak lahir, Zah tidak pernah menghadapi masalah susu berkurang dan Zah berjaya memberikan susu perahan segar setiap hari sehingga dia berusia setahun. Nampak macam tak percaya..tapi itulah yang zah berjaya lakukan. Alhamdulillah.


Apa yang Zah buat untuk pastikan susu sentiasa 'maintain' sepanjang menyusukan Irdina adalah Zah pastikan feeding Irdina adalah sama even dia sudah besar. Zah juga pastikan susu diperah mengikut jadual yang Zah tetapkan sepanjang Irdina tiada bersama. Zah juga akan perah jam 3.00 pagi dan 6.00 pagi masa Irdina bawah 6 bulan. Pada zah, biar susu lebih janji ada back-up if jadi apa-apa.


Gambar di atas di ambil masa Zah memerah setahun sebulan. Boleh bayang tak berapa banyak susu yang Zah hasilkan? dan gambar itu adalah susu perahan semasa  Irdina berusia setahun sebulan...Allahuakbar, ini adalah deep frezer kedua, deep freezer pertama memang sedia penuh dah.

Kalian, tujuan entry ini ditulis adalah untuk mengajak semua ibu-ibu hebat agar sentiasa tabah semasa menyusukan anak. Kalau ada masalah jangan segan cari mereka yang boleh membantu dengan tepat seperti MBFPC, Lactation Counselor mahupun Pakar Laktasi. Sebab setiap masalah itu tidak sama cara penyelesaiannya tapi basicnya adalah sama iaitu kerapkan penyusuan. More demand more supply. Hanya sesetangah kes yang mungkin perlu extra perskrisi seperti ubat dan sebagainya.

Salam Kasih,
Izzah.

1 comment:

~najwa~ said...

Baru-baru ini saya terdengar seorang misi kata pada pesakit...
Eh,awak dah mengandung ni,kena stop breastfeeding anak....

??
Salah advice dah tu.......

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics